Fasha Sandha Fail Perintah Mahkamah Untuk Elak Diganggu Jejai

Hiburan

Fasha Sandha Fail Perintah Mahkamah Untuk Elak Diganggu Jejai

Tidak tahan diganggu beberapa kali tidak kira masa, pelakon Fasha Sandha hari ini telah memfailkan perintah injuksi terhadap bekas suaminya,Rizal Ashram Ramli  ataupun lebih dikenali sebagai Jejai agar tidak terus mengganggu kehidupan dan privasi beliau.

Advertisement

Fasha juga memohon Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpir untuk menghalang Jejai menggangu beliau secara percakapan ataupun melalui SMS, WhatsApp dan juga apa sahaja medium media sosial yang ada. Malah, Jejai juga dihalang untuk menceroboh privasi Fasha secara bersendirian mahupun ditemani oleh keluarga dan rakannya.

Walaubagaimanapun, pihak mahkamah melalui Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab sebaliknya memerintahkan kes itu didengar dengan kehadiran dua belah pihak bagi membolehkan Jejai menjawab sendiri tuduhan yang dibuat terhadapnya.

Walaupun mahkamah berpuas hati dengan afidavit yang difailkan pemohon namun adalah lebih adil mahkamah memberi peluang kepada responden sendiri untuk menjawab semua dakwaan.

Pada masa yang sama, Fasha turut memohon notis tunjuk sebab terhadap Jejai selepas bekas suaminya itu dikatakan gagal mematuhi perintah mahkamah berhubung pelantikan pemegang amanah terhadap sebuah kediaman di Ampang, Selangor.

Jejai dikatakan gagal melaksanakan perintah itu dengan tidak menandatangani surat ikatan pemegang amanah seperti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Dalam perintah tersebut, pemohon mendapat hak sebanyak 50 peratus terhadap rumah itu manakala selebihnya milik dua anak mereka.

Muhammad Abdul Karim berpuas hati dengan permohonan itu dan memerintahkan notis tunjuk sebab diserahkan kepada defendan dan menetapkan 17 April sebutan semula kedua-dua kes itu.

Terdahulu, Fasha menerusi akaun Instagramnya mendedahkan beliau diganggu dengan beribu panggilan dan mesej daripada Jejai yang memaksa Fasha untuk bertemu degannya.

Sumber Berita : mStar Online

P.S: Buat adik-adik yang baru dapat keputusan SPM dan mahu melanjutkan pelajaran, Abang Nara cadangkan agar mengambil program Diploma Universiti Malaya. Banyak kursus-kursus menarik seperti perakaunan dan pengurusan. Boleh sambung belajar sama ada di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan atau Johor. Inilah peluang yang bagus untuk menyambung pendidikan anda. Maklumat lanjut layari www.umcced.edu.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...