Hantaran pelakon Fasha Sandha di media sosial mengundang pelbagai reaksi apabila suaminya, Aidil Aziz, dilihat dipeluk oleh rakan selebriti wanita.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik beberapa foto bersama suami serta rakan-rakan selebriti ketika menghadiri sebuah program hiburan baru-baru ini.
Difahamkan, Fasha hadir menemani Aidil bagi mempromosikan drama terbaharu yang dibintangi suaminya itu, bersama barisan pelakon lain antaranya Sharifah Sakinah dan Trisha Ooi.
Namun begitu, perkongsian tersebut mencetuskan teguran dalam kalangan warganet yang kurang selesa melihat Aidil dipeluk oleh Sharifah Sakinah dalam salah satu foto yang dimuat naik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati pelakon berusia 41 tahun itu agar menjaga batas pergaulan dan tidak membenarkan mana-mana wanita lain memegang suaminya. Malah, ada juga yang berpendapat perbuatan sedemikian tidak seharusnya dinormalisasikan, lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara terbuka di media sosial.

Hantaran berkenaan sekali gus mencetuskan perbincangan hangat mengenai batas pergaulan dalam kalangan selebriti, khususnya apabila melibatkan pasangan suami isteri yang menjadi perhatian umum.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
