January 9th, 2012

Masih bercerita tentang pelakon hangat yang bernama Fasha Sandha ini. Ada desas desus yang menyatakan Fasha dan Jejai bakal bernikah di Jakarta tidak lama lagi. Agak pelik kerana mengapa mesti memilih Jakarta sedangkan kalau dibuat di Malaysia tentulah lebih meriah dan hangat. Tidak mungkin Fasha ingin merahsiakan perkahwinanannya kerana dia telah berjanji akan memberitahu media sekiranya hari istimewa itu tiba kelak.

fasha sandha jakarta

Antara kata-kata Fasha tentang kesediaannya untuk mengumumkan perkahwinannya:-

Seperti mana yang saya jelaskan tadi, saya tidak akan sesekali menyorokkan perkahwinan saya dan saya akan pastikan semua media akan mendapat berita itu dengan adil dan saksama. Itu juga antara faktor mengapa saya tidak mahu menceritakan lebih lanjut tentang perkahwinan saya kerana tidak mahu ada yang berkecil hati.Bagaimanakah caranya untuk saya membuat pengumuman nanti, semuanya masih belum saya fikirkan. Doakan yang terbaik untuk saya

Kemungkinan besar perkhabaran pernikahan mereka berdua yang akan dilakukan di Jakarta adalah tidak benar. Abang Nara rasa kalau diorang pergi Jakarta pun bukannya untuk bernikah tetapi untuk membeli barang hantaran. Tak gitu?


64 responses to “Fasha Sandha Dan Jejai Akan Bernikah Di Jakarta?”

  1. Anonymous says:

    suka hati dia org la nak kawin kt ne..org nak kawin kt luar negara pun korang sibuk2…byk lagi benda lain leh pikir..dr sibuk pasal diaorang.. dah nama nya artis..mmg macam2 cerita keluar dr org yg suka jaga tepi kain org.. bior dia je yg wat dosa.. kita jangan ikut sama..

  2. yaya boboyboi says:

    skrg ko punye turn…tengok la nanti jejai kene rampas gak macam ko buat nora danish dulu…what goes around comes around

Loading...