January 22nd, 2019

Bertunang pada 18 November tahun lalu, pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz bakal melangsungkan perkahwinan pada penghujung bulan Mac ini.

Majlis akad nikah dan bersanding akan diadakan di Perlis diikuti pula dengan majlis sebelah lelaki di Rembau, Negeri Sembilan pada April.

Setiap kali ditanya mengenai tarikh pernikahan, saya takut untuk berkongsi kerana belum diputuskan lagi. Tetapi, memang kami merancang pada Mac depan. Saya tidak boleh pentingkan diri kerana Aidil belum pernah melalui pengalaman ke jenjang pelamin.

Kalau ikutkan saya, memadai hanya majlis nikah. Bagaimanapun, saya tak akan berkahwin sorok-sorok atau buat secara tertutup. Saya akan jemput semua kenalan termasuk media ke Perlis nanti.

Walaupun tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum majlis perkahwinannya berlangsung, Fasha bagaimanapun akui beliau belum sempat untuk membuat sebarang persiapaan kerana jadual kerjanya yang padat.

Difahamkan, majlis di Perlis diadakan secara sederhana, manakala majlis sebelah lelaki akan membabitkan hampir 5,000 jemputan termasuk peminat.

Sumber Berita : BH ONLINE


22 responses to “Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Nikah Hujung Mac Ini”

  1. Anonymous says:

    lepas kawin… ex-gf aidil pun dtg tuntut nak berlaki kan aidil jgk… masa tu baru fasha tau langit tinggi rendah

Loading...