Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fasha Sandha Buat Laporan Polis Bukan Untuk Mengaibkan Sesiapa

Sekitar minggu lepas, hangat dengan berita dimana Fasha Sandha telah membuat satu laporan polis terhadap beka suaminya Jejai  yang mendakwa lelaki itu masih lagi mengganggu beliau.

Advertisement

Jejai dikatakan masuk ke rumah Fasha tanpa izin dan pernah bertindak mengugut rakan-rakan Fasha selain mengawal segala pergerakkan aktres itu.

Susulan tuduhan itu, Jejai juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa segala dakwaaan yang dilemparkan kepadanya adalah palsu dan Jejai juga bersedia untuk di soal siasat oleh pihak polis.

Melihat kepada situasi ini, ada sesetengah pihak  yang berpendapat Fasha seakan sengaja ingin membuka aib bekas suaminya dan mahu menagih simpati.

Walaubagaimanapun, Fasha memaklumkan kepada portal Utusan Online, tujuan beliau membuat laporan polis adalah untuk perlindungan  beliau dan keluarga terutama sekali dua orang anaknya. Fasha sebenarnya tidak pernah ada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak.

Setakat ini, Fasha juga masih belum memberikan sebarang butiran lanjut mengenai kes berkenaan. Namun, kami harap kalau boleh cubalah selesaikan diluar mahkamah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama