October 23rd, 2017

Dikala ramai yang masih menginginkan beliau rujuk semula dengan Jejai selepas berdamai demi anak-anak mereka, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Fasha Sandha dikhabarkan sedang bercinta dengan seorang jejaka bernama Mukhlis Rosdi sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi portal Utusan Online, Fasha bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai status hubungannya bersama Mukhlis dan hanya mengakui beliau kini dalam sedang mengenali ramai orang.

Saya sedang mengenali ramai orang. Sebenarnya begini, saya masih sibuk dengan kerja di set penggambaran, jadi masa yang saya ada adalah sangat terhad dan perlu dibahagikan dengan baik. Ada masa saya akan keluar dengan anak-anak, ada masa keluar dengan beberapa orang kawan. Susah untuk letak status apa-apa kerana semuanya saya anggap masih dalam status berkawan, tidak ada fasa lain lagi buat masa sekarang.

Bukan mudah untuk menambat hati seorang wanita yang pernah terluka dengan kegagalan hubungan lalu dan mungkin Fasha juga sudah semakin matang dan berhati-hati untuk menjalinkan hubungan. Tidak mengapa, inshaAllah pasti akan ada jodoh yang tepat buat dirinya.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...