Kesian Abang Nara kepada Fasha Sandha yang terpaksa melayan karenah dan komen-komen peminatnya walaupun sedang sarat mengandung. Kalau Abang Nara jadi Fasha, memang buat tahu je. Lantak dioranglah nak komen apa pun. Namun itu mungkin Abang Nara seorang lelaki yang berhati kering. Perempuan ini lain sikit. Jiwa mudah tersentuh. Tak gitu?
Mungkin tertekan dengan komen peminatnya yang tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik penceraian Jejai dan Nora Danish, Fasha hari ini tampil memberi penjelasan. Mungkin kerana komen peminat tersebut adalah tidak tepat dan boleh menjatuhkan maruah suaminya dan Nora Danish.
Kadang-kadang peminat ini lebih tahu segalanya berbanding dengan artis yang benar-benar mengalami kejadian tersebut. Kesian Fasha tak pasal-pasal kena buat penerangan. Diharap dengan penerangan ini, peminat tersebut berpuas hati. Tak ada nak membuat cerita lagi. Kepada Fasha, tenangkan fikiran dan kalau boleh jangan layan mereka ini. Kesian kat diri anda dan bayi dalam kandungan tertekan tak pasal-pasal.
P.S: Nak buat logo untuk bisnes/persatuan/entiti anda? LIKE page DesaKreativ untuk design professional dengan harga terendah dipasaran!
P.S: Passport Malaysia antara yang terbaik dunia