Fasha Sandha Bakal Lahirkan Bayi Lelaki Awal April Ini

Hiburan

Fasha Sandha Bakal Lahirkan Bayi Lelaki Awal April Ini

Akhirnya teka-teki tentang jantina dan tarikh kelahiran anak sulung Fasha Sandha hasil perkahwinannya dengan Jejai terjawab jua. Menerusi Harian Metro hari ini, Fasha memberitahu yang dia akan melahirkan seorang bayi lelaki pada awal April ini.

fasha sandha

Advertisement

Ramai yang menghantar email kepada Abang Nara bertanyakan tarikh kelahiran anak sulung Fasha Sandha kerana entri “(EKSLUSIF)Fasha Sandha Bakal Timang Cahaya Mata Februari 2013“. Kemungkinan besar ada kesilapan pengiraan yang telah berlaku. Itu adalah satu perkara biasa. Keterujaan Fasha jelas terserlah di balik kata-katanya:-

Saya tidak sabar menanti kehadiran bayi lelaki kami ini. Insya-Allah jika tiada aral melintang, saya akan melahirkan anak sulung pada penghujung Mac atau awal April depan. Memang kami berdua inginkan anak lelaki kerana dapat menjadi kawan kepada abangnya, Putra Rayqal Ramli (hasil perkahwinan pertama Rizal) yang kini berusia empat tahun. Lagipun kalau lelaki yang sulung, dia boleh menjaga ibu dan adik-beradiknya yang lain.

fasha sandhaSelalunya kalau kehamilan pertama, tarikh kelahiran akan lebih cepat seminggu dua. Wife Abang Nara dulu pun cepat 2 minggu. Abang Nara rasa kemungkinan Fasha pun akan begitu. Apa pun sama-samalah kita doakan agar proses kelahiran kelak akan dipermudahkan buat Fasha dan bayinya.

P.S: Video kucing yang tersangatlah comelnya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...