March 6th, 2012

Hate her or love her (aceh speaking) nama Fasha Sandha tak pernah lekang daripada bibir setiap manusia yang mengikuti perkembangan dunia hiburan. Dan selepas tersebarnya gambar Fasha Sandha dan Jejai menghadiri kursus kahwin, Harian Metro hari ini melaporkan yang Fasha sudah pun dirisik oleh Jejai.

fasha dan jejai

Kata Fasha Sandha:-

Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik. Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini.

Dan Fasha Sandha mengakui yang dia sememangnya menghadiri kursus kahwin minggu lalu:-

Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya. Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.

Buat masa ini, tempat dan tarikh perkahwinan masih dirahsiakan oleh Fasha. Harap-harap Abang Nara nanti dapatlah jemputan daripada Fasha. Tak sabar nak tengok Fasha dan Jejai bersanding. Confirm meriah. Info kredit Harian Metro.


103 responses to “Fasha Sandha Akui Sudah Dirisik Jejai, Bakal Berkahwin Tahun Ini”

  1. MiraDania says:

    Aku tak kisah apa yg korang nak komen tentang fasha sandha, yg pasti aku peminat setia Fasha sandha,..ini dh ditakdirkan jodoh mereka bersama,. kita sepatutnya berdoa agar rumah tangga mereka bahagia & sempurna seperti org lain,. jgn asyik nk kutuk & mengata org..(korang ni semua cemburukn Fasha sebab diakn cantik,..& brbakat dlm bidang lakonan) semua org di dunia ni pernah melakukan kesalahan..itu antara dia sama yg maha kuasa?? yg pasti kita Doa kesejahteraan yg terbaik utk manusia yg telah mendirikan rumah tangga…Amin..

  2. puterisalju says:

    Tgk cermin dulu..sblm mengata org len..
    kata dulung paku serpih…kata org diri terlebih huhu……

  3. Anonymous says:

    Memang fasha ni muka tak malu..ingat kawin ni leh hidup bahagia dgn suami je ke kalau kuarga suami tak restu & tak suka..makan hati dek non oi..dah la anak si Nora Danish tu cucu kesayangan Ngah Talib..’selamat berbahagia’ la ye fasha..ada jugak org nak kat ko walaupun badan ko tu dah slalu dibuat tayangan perdana.

  4. Aku says:

    Tahniah. Akhirnya akan berkahwin jugak Fasha dengan Jejai.

Loading...