Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fasha Sandha Nikah 27 April Ini, Lokasi Pernikahan Dirahsiakan

Sebelum apa-apa, Abang Nara ingin ucapkan tahniah kepada Fasha Sandha atas kejayaan memenangi Anugerah Bintang Popular untuk kategori Pelakon Drama Wanita Popular. Bagi Abang Nara, Fasha memang layak kerana kebanyakan drama lakonannya pada tahun 2011 semuanya meletup belaka. Dan Abang Nara juga ingin ucapkan tahniah in advance atas pernikahan Fasha dan Jejai yang bakal berlangsung pada 27 April ini.

kad pernikahan fasha sandha

Advertisement

Harian Metro semalam berkongsi gambar kad jemputan pernikahan Fasha Sandha dan Jejai yang bakal berlangsung pada 27 April ini di satu lokasi yang dirahsiakan. Menurut Fasha Sandha, hanya 300 tetamu sahaja yang akan dijemput membabitkan anggota keluarga dan sahabat rapat sahaja. Kata Fasha:-

Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan. Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya.

Menurut Jejai, persiapan perkahwinan mereka sudah hampir selesai. Dan Jejai enggan memberikan komen mengenai majlis resepsi yang kononnya akan dilangsungkan di luar negara. Menurut Jejai, majlis yang wajib (pernikahan) harus diutamakan sebelum memikirkan tentang majlis resepsi. Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fasha Sandha dan Jejai atas berita gembira ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

158 Comments

  1. ada aku kesah

    April 17, 2012 at 3:46 pm

    salam bt pengomen2 semua,ruangan ni bkn nya utk kt bgaduh sesama sendr,,,klo nk gaduh dpn2,br best,,ni stakat tulis je ,apa brg…

  2. sengal boleh x!!

    April 15, 2012 at 11:03 am

    ade aku kesah ko nak kawen kat mane….
    bknnye ko jemput kteorg p0wn~~

  3. Smoga xde ppuan lain kol laki ko tgh2 pagi..

    April 14, 2012 at 6:37 pm

    Eloklah buat majlis tertutup.byk hati perlu dijaga.aku rse mak pak jejai pun concern psl hati ND n ex-besan diorg..drpd buat gilang gemilang mcm Dato CT smpai masuk tv bagai smpai Tengku Zawiyah bawak diri ke obesi.. Smoga bahagia dgn cinta hati ko,esok2 klo tgh pagi ppuan kol laki ko ajak kuar minum jgn melenting plak ye,sbb ko jugak yg ckp dulu x salah kuar jumpe kawan laki walau da kawen.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top