April 12th, 2012

Sebelum apa-apa, Abang Nara ingin ucapkan tahniah kepada Fasha Sandha atas kejayaan memenangi Anugerah Bintang Popular untuk kategori Pelakon Drama Wanita Popular. Bagi Abang Nara, Fasha memang layak kerana kebanyakan drama lakonannya pada tahun 2011 semuanya meletup belaka. Dan Abang Nara juga ingin ucapkan tahniah in advance atas pernikahan Fasha dan Jejai yang bakal berlangsung pada 27 April ini.

kad pernikahan fasha sandha

Harian Metro semalam berkongsi gambar kad jemputan pernikahan Fasha Sandha dan Jejai yang bakal berlangsung pada 27 April ini di satu lokasi yang dirahsiakan. Menurut Fasha Sandha, hanya 300 tetamu sahaja yang akan dijemput membabitkan anggota keluarga dan sahabat rapat sahaja. Kata Fasha:-

Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan. Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya.

Menurut Jejai, persiapan perkahwinan mereka sudah hampir selesai. Dan Jejai enggan memberikan komen mengenai majlis resepsi yang kononnya akan dilangsungkan di luar negara. Menurut Jejai, majlis yang wajib (pernikahan) harus diutamakan sebelum memikirkan tentang majlis resepsi. Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fasha Sandha dan Jejai atas berita gembira ini.


158 responses to “Fasha Sandha Nikah 27 April Ini, Lokasi Pernikahan Dirahsiakan”

  1. ape2 la says:

    fasha gila ckp “untuk cinta hati saya” msa ABPH masa tu kn Nora danish ada.. mcm memerli.. Shila hamzah, Fizz fairuz tu pun ada juga BF/GF,tak juga show off. lainlah Datok Ct dah kawin dia sbut lah “suami tersayang”,kn dah jadi milik sah.

  2. Anonymous says:

    kesian mak ayah jejai, nasib baik dah dapat cucu dari nora danish. bersabarlah makcik pakcik. jgn suruh jejai ceraikan fasha tp tolong carikan madu dalam 2-3 orang utk fasha. cuba makcik pakcik buang jejai, biar sengkek, biar fasha tanggung, kang fasha bye bye la jejai tuh

  3. minmon says:

    lol meleis bodoh gaduh pasal artis. Otak udang

  4. […] yang wajib (pernikahan) harus diutamakan sebelum memikirkan tentang majlis resepsi. Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fasha Sandha dan Jejai atas berita gembira […]

  5. makdara says:

    Fasha punya majlis buat kat Timah Tasoh Lake Resort….takkan tak tau..dah riuh dah..

Loading...