Fasha Akui Cintai Jejai, Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Hiburan

Fasha Akui Cintai Jejai, Belum Bersedia Untuk Berkahwin

jejai dan fasha sandha

Malu-malu kucing betullah Fasha Sandha nie. Punya la lama nak bermalu-maluan, akhirnya mengaku jugak yang dia cintakan Jejai. Tapi Jejai cintakan Fasha Sandha tak? Atau hanya Fasha bertepuk sebelah tangan? Jeng-jeng.

Advertisement

“Kesungguhan dia selama ini membuatkan pintu hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai seorang kekasih. Saya memang benar-benar tersentuh hati kerana tidak pernah ada mana-mana lelaki yang berbuat sebegitu kepada saya. Kalau tidak kerana dia datang dengan helikopter pun saya akan terima dia.”

Fasha dan Jejai bercouple pada tarikh keramat 18 Mei lalu di Pulau Lang Tengah semasa Fasha sedang menjalani penggambaran drama Duyong. Untuk pengetahuan, diorang berdua dah kenal selama 7 tahun. Kesian Jejai ternanti-nanti selama nie. Akhirnya cinta berbalas jugak. Tapi habis duit la kena bawak helikopter untuk tunjukkan true love.

Buat masa ini Fasha dan Jejai masih tak rancang apa-apa pasal perkahwinan. Mungkin dua-dua bz dengan kerjaya lagi. Tapi rasanya umur Fasha pun dah dekat 30-an dah. Kawinlah cepat-cepat. Kalau lambat buat peminat menyampah je kan?

Apa-apa pun tahniah kepada Fasha sebab dah jadi awek kepada Jejai, lelaki idaman Malaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...