Fasa Pertama Imunisasi Vaksin Sedia Dilaksana Sejurus Bekalan Sampai – KKM

COVID-19

Fasa Pertama Imunisasi Vaksin Sedia Dilaksana Sejurus Bekalan Sampai – KKM

Fasa pertama Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sudah sedia untuk dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebaik sahaja bekalan vaksin Pzifer-BioNTech sampai di Malaysia pada 26 Februari ini.

Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sesi latihan awal penghantaran vaksin itu pada 29 Januari ke Klinik Kesihatan Belaga di Sarawak dan Hospital Bintulu pada 30 Januari berjaya dilaksanakan tanpa sebarang isu atau masalah yang timbul.

Advertisement

vaksin

Tambahnya, latihan awal itu adalah untuk memastikan bekalan vaksin dari kilang syarikat besar farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer, di Puurs, Belgium yang menggunakan bekas ultra sejuk tiba di Malaysia tanpa sebarang isu.

“Ini adalah latihan yang amat penting dan ia berjaya dilaksanakan dan data pengelog menunjukkan, tiada isu atau kelemahan”.

vaksin

Beliau berkata demikian selepas memperkenalkan aplikasi pendidikan dalam talian mengenai Covid-19. Fasiliti penyimpanan vaksin Covid-19 bagi fasa pertama yang dilengkapi kemudahan seperti Penyejuk Suhu Ultra Rendah (ULTF) untuk memastikan suhu yang bersesuaian untuk penyimpanan vaksin, sebelum dikeluar dan ditempatka kepada tempat vaksinasi.

Beralih kepada aplikasi pendidikan mengenai Covid-19, Dr Adham mengesahkan platform pendidikan idea ahli biokimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan penganalisis isu global Peter Chew yang menerapkan kesedaran dan pendidikan mengenai ikhtiar hidup dengan mengelak daripada dijangkiti penyakit Covid-19.

“Pendidikan asas juga penting untuk disampaikan kepada masyarakat, khususnya mereka yang jauh dari fasiliti kesihatan supaya lebih peka tentang amalan norma baharu seperti pengasingan diri, guna pelitup muka, kerap mencuci tangan serta mengelak tempat sempit apabila wabak berlaku di kawasan mereka”. 

Peter Chew juga mengatakan pembawa senyap telah menyebabkan penularan dalam gelombang kedua yang berlaku di seluruh negara. Oleh itu, pendidikan asas dan pencegahan awal amat penting untuk mengelakkan dari dijangkiti serta mengurangkan perbelanjaan perubatan.

Untuk makluman, platform pendidikan tersebut boleh didapati https://youtu.be/uU89i8uO5Qs, http://youtu.be/OhDH_h3jCxs dan http://youtu.be/z1YHIWrvuwY

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...