Ketiadaan Datin Diana Danielle di balai polis dan ketika suaminya, Datuk Farid Kamil ke mahkamah mencetuskan tanda tanya dikalangan netizen. Mereka mempersoalkan mengapa Diana tidak hadir memberikan sokongan kepada Farid di saat yang memerlukan ini apatah lagi suaminya itu mengalami tekanan perasaan.
Sekali lagi menerusi akaun Instagramnya, Diana mengakui tidak kisah dengan kata-kata netizen, apa yang penting Farid sentiasa merasakan kehadirannya di sisi setiap masa.
Sebelum Diana kembali menutup ruangan komennya di Instagram, kami sempat melihat beberapa peminat mendoakan agar Diana terus tabah menghadapi segala dugaan. Mereka akui cinta Diana buat Farid begitu besar dan tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.
Semoga siasatan kes Farid berjalan dengan lancar dan harapnya mereka suami isteri dapat menempuhi ujian ini dan menyelesaikan segala masalah dengan baik.