Pelakon, Farid Kamil memberitahu dia bakal kembali bergelar mahasiswa apabila dia memilih untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.
Memetik laporan Mstar, Farid Kamil Zahari enggan mendedahkan kursus yang bakal diambil memandangkan masih dalam proses kemasukan.
Insya-Allah saya akan menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.
Bagaimanapun, saya rahsiakan terlebih dahulu kursus yang saya ambil memandangkan masih dalam proses.
Jika ada rezeki, saya mahu menyambung ke peringkat PhD pula selepas ni.
Dia turut memberitahu dia mahu menyambung pengajiannya kerana dia berasa rendah hati apabila rata-rata alumni yang hadir ke pertemuan bersama 100 alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) memiliki tahap pendidikan sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan ada pula pemegang doktor falsafah (PhD).
Balik dari majlis tu saya rasa ketinggalan, alumni yang hadir rata-rata ada master, PhD.
Saya hanya ada ijazah sarjana muda sahaja.
Sementara itu, pelakon itu mendedahkan dia ada menerima tawaran sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti swasta namun dia menolak tawaran tersebut.
Dia menjelaskan ilmunya sebagai pelakon dan pengarah dirasakan seperti belum cukup baik untuk membolehkan dirinya digelar sebagai seorang pensyarah.