Written by Bella | January 15th, 2018

Dilaporkan hadir ke balai polis pada awalnya bagi membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya tetapi kemudiannya menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp 300 artis hutang ah long sebelum menampar anggota polis di kaunter aduan,  ada spekulasi mengatakan Datuk Farid Kamil mengalami depresi kerana beliau adalah salah seorang daripada artis yang meminjam wang dengan ah long.

Walaubagaimanapun, Presiden Seniman, Zed Zaidi mengesahkan Farid tidak termasuk dalam senarai tersebut.

Senarai itu diperoleh selepas Seniman menerima laporan bertulis daripada artis terlibat yang mahu kita membantu mereka. Semakan mendapati Farid Kamil bukan salah seorang daripada mereka. Saya bagaimanapun tidak boleh mendedahkan nama-nama artis terlibat atas faktor keselamatan mereka.

Pihak polis mempercayai kesan sampingan dadah jenis ganja yang diambil oleh Farid merupakan punca utama aktor itu mengamuk.  Malah, ada sumber mengatakan mereka yang berada di bawah pengaruh dadah tidak dapat mengawal emosi ketika khayal lebih-lebih lagi ketika mereka berada dalam keadaan tertekan.

Orang yang normal tidak akan berlaku ganas dengan menampar polis dan menendang orang awam. Orang yang di bawah pengaruh dadah boleh melakukan apa sahaja perbuatan jenayah.

Kita nantikan sahaja hasil siasatan polis dan semoga segala persoalan akan terjawab.

Sumber Berita : Kosmo 

29 responses to Farid Kamil Tidak Ada Dalam Senarai 300 Artis Hutang Ah Long – Zed Zaidi

  1. Daun hijau says:

    Tade depression pun FK ni. Dia normal je semua org kata sampai beberapa hari sebelum kejadian. Tampar redzuan hashim n org2 lain. Dia ni sebenarnya drug induced psychosis ni. Kesan amek dadah berlebihan jadi berhalusinasi. Tak bleh beza dunia fantasi dengan realiti. Dia igt rezuan hashim tu penjenayah kut sbb slalu blakon jahat tu dia bagi pelempang. Pendek kata, dadah bawa binasa. DD pulak knon stand by fk side la apa… drama lebih. Masa fk kena tangkap terus ckp tanak komen, sila tanya family fk. Bila family fk adik dia call? DD x dpt dihubungi. Bila kluar kenyataan adik fk baru DD tetibe gelabah jawab itu ini. Sampai mak DD terlibat skali. Sejak fk kne than sekali pun x jenguk suami lpastu drama ckp stand by side la apa. Stress adik fk tu sesorang tak tau apa cite tetibe kne jd spokeperson. DD bini dia confirm la tahu cerita sebenar. Admit jelah laki ko tahi dadah. Tp cinta punya pasal u rela. Bersepah bini2 kat malaysia ni duk hadap laki tahi dadah sbb cinta. Inilah contoh masa kahwin x dpat restu mak… dah jadi macam2 ke mak ko jgak ko ngadu DD kan….

    15

    0
    • Anonymous says:

      DD tu nak menjage aib suami, tak cukup lagi ke si pengarah tu dgn si redzuan hashim cakap die tampo laa bawak pistol laa, lagi satu pompuan tahap stress die x same dgn laki, so biar jela adik FK yg uruskan hal2 dgn mahkamah n polis, die ade adik lelaki kot so ape gune x tolong abang yg time susah cmni. hal2 cmni better lelaki yg uruskan sbb kalau ko x penah involve dgn kes polis, ko xkan tau cmne rumitnye keadaan.

      17

      0
    • anonymous says:

      awak ni kenal sgt ke dgn family dia????sampai cakap gitu

      1

      2
  2. AC7 says:

    Maka cerita si Farid Kamil pun tersebarlah di alam maya. Cerita dia lalok, lempang polis dan pelakon senior Ridzuan Hashim, sepak terajang orang awam, kena reman, cerita dia kemurungan dan mental, dan paling popular cerita dia positif ujian dadah jenus ganja. Sampai aku yang bermastautin kat negara orang putih ni pun terpanggillah untuk memberi pendapat aku walaupun tak ada yang minta.

    This is some no-brainer facts about weed ataupun ganja:-

    1) Ganja tidak menjadikan seseorang itu agresif. Ganja membuatkan seseorang itu jadi pemalas ada lah… Orang yang hisap ganja ni selalunya chill. Kerjanya samada makan, tidur, terbongkang tengok tv atau kesemuanya sekali.

    1a) Kalau ganja itu menjadikan seseorang itu agresif, kau rasa kerajaan Netherlands @ Belanda bagi buka kedai kopi jual ganja secara terbuka? Tak takut nanti semua “jadi macam Farid Kamil”?

    1b) Kalau ganja itu berbahaya, kau rasa kerajaan Portugal, Amerika Syarikat (sebahagian county), kerajaan occupied-Palestine (Israel), Switzerland, Argentina, Pakistan, Belgium, Australia (sebahagian county), Nepal, Cambodia, Canada, Colombia, Costa Rica, Mexico, Ukraine, Russia, Croatia, Czech Republic, North Korea, Spain, Ecuador, Estonia, Itali, Jamaica, Peru, dan Uruguay nak bagi green light bagi penggunaan, penanaman ganja (bagi tujuan perubatan ataupun kegunaan nak high peribadi)?

    1c) Kalau ganja itu boleh buat orang “jadi macam Farid Kamil”, kau rasa WHO (World Health Organization) berani keluar statement mengatakan ganja tidak berbahaya malah ianya boleh menyembukan pelbagai penyakit berkaitan motor dan saraf seperti parkinson, menyembuhkan sawan, menyembuhkan kanser, mengurangkan kelajuaan alzheimer/dementia dan banyak lagi. Big pharma yang keluarkan ubat-ubatan dan rawatan yang mahal saja menghalang dari ganja terus menjadi pilihan kerana ia lebih murah.

    2) Alcohol, rokok dan judi itu lebih berbahaya dari ganja. Sebab itu di negara-negara maju ada pusat rehab untuk penagih alkohol (kaki botol) dan kaki judi, bantuan sokongan untuk berhenti merokok. Tiada untuk ganja.

    2a) Lagipun, ganja adalah tumbuhan semulajadi dan organik berbanding rokok dan alkohol yang mempunyai beratus jenis bahan kimia.

    2b) Belum ada orang mati disebabkan ganja. Tapi dah berjuta mati sebab rokok dan alkohol dan ramai jadi gelandangan kerana judi.

    39

    24
    • Anonymous says:

      Exactly weh, ade je ni haa sdare aku yg kaki ngisap, takdelaa agresif malah suke menyendiri, tido pagi ptg siang mlm, pemalas nak mampos, keje nye tido tido tido pastu muke mmg ah kaki ngisap, tapi diorg x bother org, diorg lebih suke menyendiri n jauh dr public. aku rase FK ni tertekan pon ye, pastu amek jln mudah dgn ngisap ganja, pastu sbb xtau cmne nak ngisap tu yg overdose sampai halusinasi n biol sikit.

      10

      1
    • KristalMatematik says:

      KALAU hisap ganja. entah2 farid ni hisap benda lain. kita husnuzon je lahhhh

      3

      0
    • Anonymous says:

      ko menaip ke copy paste ni? rajin btol cari fakta. tapi ok laa bg info utk makcik pakcik bawang hehe

      5

      1
    • Anonymous says:

      Belum ada orang mati disebabkan ganja <<tapi byk yg mati disebabkan pengaruh untuk mendapatkan dan memiliki ketagihan ganja serta kepuasan untuk kepentingan sendiri y membabitkan org lain.mak,isteri atau keluarga y mati di bunuh dan dipukul disebaban nak duit beli ganja..atau kemalangan melibatkan org awam mati disebabkan khyal ganja smasa drive..byk kecurian2 rumah mengakibatankan kerosakan2 harta benda ilang kerita2 motor pencuri ketagih ganja.dan byk lagi…..dan itu cuma list2 terpendek belum lagi abis smpi root2nya nak di huraikan.

      0

      0
    • U says:

      Ganja utk org yg first timer sahaja akan menjadi agresif.

      0

      0
  3. biarbetik says:

    Kesianla tgok muka siFarid…harap kita semua belajar dari kesilapan ini bukan mengutuk tak habis habis…menghukum bukan kerja kita…kita pun tak tau kenapa punca dia jadi begini…Doa yg baik2 aja…sad

    14

    0
  4. blackrose says:

    semoga berakhir dengan kebaikan..amin

    9

    0
  5. minah jambu say NO to drugs says:

    eeeeeee..semoga farid tabah ye sabar n terima ape yg terjadi besar kemungkinan farid di aniayai tapi dengan cara ape kite pon tk tau..tak penah2 dia buat cngini dari dulu pon tkde berita pasal dia ngamok n tampar orang..mari kite fikir kan bersama..n zed jangan la menghuhum dia rabak2 ok..kasi farid masa n peluang n u sendiri pon boleh tanye farid ape sebab dia jadi macm gitu..

    5

    1
  6. Adab kne ade says:

    Klu org normal sklipun,contoh klu da polis brtnya cra kurang ajr atau prli/tduh mmg ptut kne tmpar la kn? Ibarat polis ni rsa dia je prfect.

    5

    7
  7. melati says:

    Aduiiiii , “Ader lagi manusia mcm Zed Zaidi ni..!!! ” sepatautnya nya ko jaga Aib Artis sebab ko pengerusi tapi ko plak Bangga pastu propa satu Malaysia Artis Hutang Ah Long..!!! sapa yg Buat Citer 300 Artis Hutang Ah Long ” camner dia tahu 300 Artis ..!! takkan org2 yg pinjam Ah long nk citer kat Org lain..!!! (Main Hentam jer) … Kepada siapa yg buat Citer 300 artis pinjam Ahlong , & kalau anda Baca satu jer saya nk Pesan kepada org yg buat Citer 300 artis pinjam Ahlong ..!! ” Anda pergi lah Hospital dh periksa DNA anda mesti Darah anda mcm2 Jenis ” ini kenyataan , anak2 Haram jer yg suka jaja citer yg tkj btol..!!

    0

    10
    • BMkopassketak says:

      ni apa jenis karangan ni? gila makcik bawang

      btw, cerita 300 hutang ahlong tu keluar masa farid kat balai polis tu lah. bukan tak semena zed zaidi bukak cerita. keep up please.

      4

      0
      • Anonymous says:

        BMkopassketak , saya tk ckp Zed Zaidi , saya tuju kan kepada yg buat Citer 300 artis pinjam Ahlong yg buat Citer Palsu ni…!!! sebab yg buat citer2 tk Btol ni byk nya anak2 sumbang mahram @ Mak Mereka pelacur sebelom lahir kan mereka, sebab tu mereka Keliru antara 300 Artis @ 3 Artis ..tu jew nk ckp…!!!

        0

        4
      • no name says:

        Zed Zaidi bukak cita 300 artis hutang ah long dulu, pastu baru jadi kes Farid Kamil ni. Tak caya semak balik tarikh entri dua cita ni kat BN

        1

        0
    • wekkkkkkk says:

      mmg Org ygbrhutng along x akan ckp, malulah, tpi bila dh along kejar, maka minta bantuan pada PERSATUAN SENIMAN….
      hahahahaha…

      2

      0
      • melati says:

        Satu jer nk Ckp …. “Artis ni mcm Ziana Zain, Erra Fazira & yg lain2 ” bukanya setakat Nyanyi kt AF trus panggil Artis @ baru berlakon satu Drama tu pun tambahan , tk layak panggil Artis..!!! sebab tu Pilem2 melayu kita mcm Taik ..!!! org Kuat Seniman pun berlakon mcm taik tk Femes langsung..!!! Motif : yg pinjam Ahlong tu bukan Artis cuma 3 org Artis jer ygt pinjam Ahlong , yg 297 org tu byk Artis cuma mereka yg berlakon tambahan jer, 1 pilem tapi perasan diri dh Artis & nk hidup Mewah tapi income takder tu yg pinjam Ahlong..!!! hihihi

        2

        0
        • wekkkkkkk says:

          smalam tgok 412 canel omputer..anugerah filem kt sana. Nk tau sapa best Actor. Best Actor tu dh capai umur 50 tahun ke atas, tapi masih d nobatkan best Actor, bukan mcm filem kt sini, best actor hanya pada yg muda. TERPOPULAR pun muda.

          4

          0
  8. Anonymous says:

    ok so dah clear kan FK ni takde hutang ahlong, sbb FK pon byk job n DD pon stable je aku tgk. so BN dah boleh laa xyah post lagi hal2 FK ni, kesian family die. cukup2 laa satu msia or even smpai ke brunei n spore da tau pasal FK ni. give them some space lah ok

    2

    0
  9. Tk says:

    Tuhan menguji umatnya hanya memilih mereka yg mampu diuji. Whatever problems drug abuse or boozing kna la pegi rehab. Depression, mental problems kna gi treatment. Marriage has its ups and down. Through all these you are still together. DD has been standing by your side. So jangan give up. Jangan malu to get proper treatment

    1

    0
  10. Anonymous says:

    kesian FK. aku dhla suke FK ni berlakon compare to Saheizy sam tu. prangai pon elok dr SS diva tu. takpe FK, u deserve a second chance!!

    4

    0
  11. kiah pekasam says:

    Apelah. Tak correlate betol tindakan agresif dengan ganja. Ganja buat org khayal doh! Lalok. Buat la positive metemphatamine, baru la correlate dgn agresif.

    0

    0
  12. Anonymous says:

    dadah mmg buat org khyal tapi dah nak cari duit nak beli dadah apa2 pun org ketagih dadah mcm2 bole buat…nak dptkan duit ..jgn nak cover line

    1

    0
  13. AC7 says:

    Aku copy paste dari facebook aku sendiri. Aku amik masa menaip. Takde copy paste fakta lah kawan :) Aku bagi fakta berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan pengetahuan dari sumber bahan bacaan. Duduk kat oversea ni aku peka dengan keadaan sekeliling aku. Kena ambil tahu. Kawan2 ramai yang kaki ngisap tapi semua functional. Yang jadi agresif ni biasanya ambil dadah kelas A seperti heroin, meth dan sintatik seperti spice, flakka. In fact, cocaine dan bahan-bahan halusinasi atau psychedelic seperti magic mushroom, lsd, mdma, dmt takkan buat orang jadi ketagih atau jadi “macam Farid Kamil” kalau dos yang diambil adalah bertepatan. Macam ubat tahan sakit yang dibenarkan, kalau terlebih pun boleh jadi ketagihan.

    0

    0
  14. Shafiq says:

    Ganja bukan dadah.. panadol tu baru dadah, ganja tu herbs.. herbs yg baik utk badan, kalau tak tau pasal ganja jgn komen

    0

    0
  15. Anonymous says:

    overdose ubat doktor kot…

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Orang yang normal tidak akan berlaku ganas dengan menampar polis dan menendang orang awam. Orang yang di bawah pengaruh dadah boleh melakukan apa sahaja perbuatan jenayah.

    ye ke?
    Kalau tengah marah, x boleh melakukan jenayah ke even tanpa sengaja?
    betul ke dia isap dadah?
    boleh jadi x dia d provoke? sebab tu marah n memukul..
    tau je laa.. dia kan lantang juga dalam politik ni.
    siapa tau??

    0

    0

Leave a Comment

Optional