May 28th, 2019

Sedang menjalani hukuman di penjara Kajang atas atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu, keadaan Datuk Farid Kamil dikatakan lebih tenang.

Berita itu dimaklumkan oleh adiknya, Fadzil Zahari ketika menemani kakak iparnya, Datin Diana Danielle untuk melawat Farid. Fadzil juga berkata abangnya sudah redha dengan apa yang berlaku dan lebih kuat semangat untuk menghadapi dugaan berbanding kali pertama dimasukkan ke lokap dahulu.

Saya dan Diana pergi melawat Farid di Penjara Kajang. Alhamdulillah, dia sudah kelihatan lebih tenang dan kuat berdepan dengan dugaan ini. Sebelum ini, memang nampaklah dia sedih. Tapi sekarang, dia dah redha dengan keputusan mahkamah.

Dalam pada itu, Fadzil mengakui mereka sekeluarga tidak putus harapan agar Farid dapat menyambut hari raya bersama keluarga. Peguam yang mewakili Farid sedang berusaha sebaik mungkin untuk menangguhkan hukuman terhadap pelakon itu.

Ibu bapa saya amat bersedih dengan berita ini tapi mereka sentiasa berdoa supaya ada keajaiban berlaku dalam tempoh kurang dua minggu sambutan hari raya. Malah, ada juga dalam kalangan keluarga dan kenalan terdekat yang turut menganjurkan solat hajat. Buat masa sekarang, peguam masih usahakan untuk rayuan.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya memerintahkan Farid menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan dan berada bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun kerana menggunakan dadah jenis ganja pada Januari tahun lalu.

Majistret Nor Arriffin Hisham turut memerintahkan Farid menjalani hukuman penjara serta-merta pada 15 Mei lalu.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : NST


12 responses to “Farid Kamil Sudah Redha Dipenjara, Kini Lebih Tenang”

  1. faraj says:

    Semuga kau tenang disana..

  2. nano says:

    Nara…
    mane story pasal baju nelydia indah khabar dari rupa ???
    pasal nelydia yg kurang ajar bila ade org tegur dia ckp ;shut up’
    dah laa jual baju cheap material.. perangai rude plak tu.. baik laa beli baju zahirah mcwilson tuh material cantik drpd beli baju nelydia indah khabar dari rupa..

  3. Anonymous says:

    Nara…
    mane story pasal baju nelydia indah khabar dari rupa ???
    pasal nelydia yg kurang ajar bila ade org tegur dia ckp ;shut up’
    dah laa jual baju cheap material.. perangai rude plak tu.. baik laa beli baju zahirah mcwilson tuh material cantik drpd beli baju nelydia indah khabar dari rupa..

  4. Anonymous says:

    Nara…
    mane story pasal baju nelydia indah khabar dari rupa ??? nape hide ??
    pasal nelydia yg perangai kurang ajar bila ade org tegur baju dia jual buruk2.. ckp ‘shut up’ pulak
    dah laa jual baju cheap material.. perangai rude plak tu.. baik laa beli baju zahirah mcwilson tuh material cantik drpd beli baju nelydia indah khabar dari rupa..

    • Anonymous says:

      a ah laaa dan2 bang nara buang tajuk semlm
      xsangka nelydia tuh retis plastik bermuka2
      da ler jual baju fesyen mydin ade hati jual mahal rm359
      bila tegur ckp ‘shut up’ kt fans eeiii so rude perangai
      level retis jerkkkk nmpk artis jual baju nk jual baju jgk.. artis jual baju berkualiti padan dgn harge. si mek kelate ni jual baju level retis fesyen mydin rm100 jerkk. kt kelantan wakaf che yeh bole dpt rm50 jerk
      euuww shame on u lah nelydia !!!

  5. doa sampai ke jannah says:

    bg sesiapa di luar sana….beringatlah….sekali merasa dadah ni….selama2nye boleh terjerat….kesian anak bini….ini nasib bukan didakwa sbg pengedar…dah sah2 boleh hukuman mati…..berdoalah kita semua semoga dijauhkan dr dadah ni….

Loading...