Written by Bella | May 28th, 2019

Sedang menjalani hukuman di penjara Kajang atas atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu, keadaan Datuk Farid Kamil dikatakan lebih tenang.

Berita itu dimaklumkan oleh adiknya, Fadzil Zahari ketika menemani kakak iparnya, Datin Diana Danielle untuk melawat Farid. Fadzil juga berkata abangnya sudah redha dengan apa yang berlaku dan lebih kuat semangat untuk menghadapi dugaan berbanding kali pertama dimasukkan ke lokap dahulu.

Saya dan Diana pergi melawat Farid di Penjara Kajang. Alhamdulillah, dia sudah kelihatan lebih tenang dan kuat berdepan dengan dugaan ini. Sebelum ini, memang nampaklah dia sedih. Tapi sekarang, dia dah redha dengan keputusan mahkamah.

Dalam pada itu, Fadzil mengakui mereka sekeluarga tidak putus harapan agar Farid dapat menyambut hari raya bersama keluarga. Peguam yang mewakili Farid sedang berusaha sebaik mungkin untuk menangguhkan hukuman terhadap pelakon itu.

Ibu bapa saya amat bersedih dengan berita ini tapi mereka sentiasa berdoa supaya ada keajaiban berlaku dalam tempoh kurang dua minggu sambutan hari raya. Malah, ada juga dalam kalangan keluarga dan kenalan terdekat yang turut menganjurkan solat hajat. Buat masa sekarang, peguam masih usahakan untuk rayuan.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya memerintahkan Farid menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan dan berada bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun kerana menggunakan dadah jenis ganja pada Januari tahun lalu.

Majistret Nor Arriffin Hisham turut memerintahkan Farid menjalani hukuman penjara serta-merta pada 15 Mei lalu.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : NST

12 responses to Farid Kamil Sudah Redha Dipenjara, Kini Lebih Tenang

  1. doa sampai ke jannah says:

    bg sesiapa di luar sana….beringatlah….sekali merasa dadah ni….selama2nye boleh terjerat….kesian anak bini….ini nasib bukan didakwa sbg pengedar…dah sah2 boleh hukuman mati…..berdoalah kita semua semoga dijauhkan dr dadah ni….

  2. Anonymous says:

    Nara…
    mane story pasal baju nelydia indah khabar dari rupa ??? nape hide ??
    pasal nelydia yg perangai kurang ajar bila ade org tegur baju dia jual buruk2.. ckp ‘shut up’ pulak
    dah laa jual baju cheap material.. perangai rude plak tu.. baik laa beli baju zahirah mcwilson tuh material cantik drpd beli baju nelydia indah khabar dari rupa..

    • Anonymous says:

      a ah laaa dan2 bang nara buang tajuk semlm
      xsangka nelydia tuh retis plastik bermuka2
      da ler jual baju fesyen mydin ade hati jual mahal rm359
      bila tegur ckp ‘shut up’ kt fans eeiii so rude perangai
      level retis jerkkkk nmpk artis jual baju nk jual baju jgk.. artis jual baju berkualiti padan dgn harge. si mek kelate ni jual baju level retis fesyen mydin rm100 jerkk. kt kelantan wakaf che yeh bole dpt rm50 jerk
      euuww shame on u lah nelydia !!!

  3. Anonymous says:

    Nara…
    mane story pasal baju nelydia indah khabar dari rupa ???
    pasal nelydia yg kurang ajar bila ade org tegur dia ckp ;shut up’
    dah laa jual baju cheap material.. perangai rude plak tu.. baik laa beli baju zahirah mcwilson tuh material cantik drpd beli baju nelydia indah khabar dari rupa..

  4. nano says:

  5. faraj says:

    Semuga kau tenang disana..

  6. Anonymous says:

    Nara…
    mane story pasal baju nelydia indah khabar dari rupa ???
    pasal nelydia yg kurang ajar bila ade org tegur dia ckp ;shut up’
    dah laa jual baju cheap material.. perangai rude plak tu.. baik laa beli baju zahirah mcwilson tuh material cantik drpd beli baju nelydia indah khabar dari rupa..

  7. anonymous says:

    sampah

  8. parit kamel says:

    dah kena jatuh mana leh ada keajaiban lagi dah..lain la kalau “korg phm2 jela..”..

  9. madah berhelah says:

    Baguslah duduk dalam , belajar dari kesilapan , malu x terhingga anak isteri bila ada suami yang begini , nak x nak hadap je lah..sekurangnya pengajaran yang dapat selepas sama2 bertaubat dengan mereka didalam penjara .

    Artis ke orang biasa sama sahaja x de beza darahnya ..jadi berperangai la baik2 jika mahu semua orang hormat..hari ini kamu popular , ego sb artis , tapi bila tua kamu akan jadi seperti mereka2 yang dipinggirkan dan kerja kais pagi makan pagi macam manusia lain ..

    harap bertaubat ..ego , kaya tu sementara…miskin lagi kaya diakhirat dibandingkan kaya tetapi miskin diakhirat …

  10. aakulah says:

    alahai Ganja jek kot..
    ngarut btol lah…

Leave a Reply to faraj Cancel reply