Farid Kamil Nak Bawa Anak Naik Kereta Baru Tapi Ada Pihak Hubungi Polis – “Tiba-Tiba Muncul Kereta Peronda…”

Hiburan

Farid Kamil Nak Bawa Anak Naik Kereta Baru Tapi Ada Pihak Hubungi Polis – “Tiba-Tiba Muncul Kereta Peronda…”

Baru-baru ini, berita tentang permohonan cerai dibuat oleh pelakon Diana Danielle terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari mengejutkan ramai.

Bukan itu sahaja, Farid juga dikhabarkan tidak dibenarkan untuk bertemu anak dan dihalang memasuki rumah mereka sejak awal Mac.

Advertisement

Diana Dianelle Farid Kamil
1 year ago

"Diana Ada Hak.." - Isteri Bayar Sewa, Farid Kamil Tak Dibenarkan Masuk Rumah Dan Bertemu Anak

Difahamkan, Farid sendiri berusaha untuk memujuk isterinya itu namun Diana dikatakan tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan permohonan cerai.

Terbaru, pengurus aktor itu, Azhari Hamid mendedahkan bahawa Farid bersedih selepas hasratnya untuk membawa anak-anak keluar menaiki kenderaan baru dibeli untuk kegunaan sekeluarga, tidak kesampaian.

Meskipun telah diminta keluar dari rumah sejak 3 Mac dan tidak dapat berjumpa anak-anak, Farid tetap menaruh harapan terhadap perkahwinan yang dibina pada tahun 2012 itu.

Cuma apabila tidak dibenarkan membawa keluar Muhammad dan Nur Aurora, serta secara tiba-tiba muncul pula kereta peronda polis di pos pengawal rumah mereka, dia terkejut dan sedih. Saya tahu Farid menangis sebab matanya sembab….

 

….Mungkin Farid tidak menyangka dia dihalang berjumpa anak-anak, sedangkan kes dibawa ke mahkamah hanya membabitkan permohonan perceraian.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...