Farid Kamil Murung Dan Tertekan Lama Tidak Jumpa Anak-Anak

Hiburan

Farid Kamil Murung Dan Tertekan Lama Tidak Jumpa Anak-Anak

Sudah bertemu dan memberikan sokongan moral buat abangnya, Datuk Farid Kamil sejak semalam, Fadzil Zahari tidak menolak kemungkinan bahawa Farid mempunyai masalah mental dan mengalami tekanan yang teruk. Beliau juga sudah lama tidak bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Advertisement

Saya bertemu Farid tiga hari sebelum dia ditahan dan dia ada mengadu katanya tidak bertemu dengan anak-anaknya sudah dua hari. Masa jumpa dekat balai pun dia tanya soalan sama, memang dia merindui anak-anaknya. Ada juga kemungkinan Farid mempunyai masalah mental atau tekanan perasan.

Fadzil juga memberitahu beliau tidak dapat menghubungi kakak iparnya, Diana Danielle dan tidak pasti mengapa aktres itu tidak hadir ke mahkamah hari ini sedangkan suaminya itu memerlukan sokongan setelah apa yang berlaku.

Farid ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin depan  bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

29 Comments

  1. Tkt

    January 13, 2018 at 11:58 am

    Money and fame can buy happiness provided you dont buy ganja bagai.

  2. Mimi

    January 13, 2018 at 9:26 am

    Dua hari ke? Macik ingat dua bulan. Ada tentera tu sampai 5 6 bulan pergi operasi tak jumpa keluarga. Orang offshore pun berbulan dilaut tak jumpa keluarga dok elok ja.

    Money and fame cannot buy happiness :”(

  3. cik cOmott

    January 13, 2018 at 9:21 am

    Wahh..nak salahkan isteri & anak-anak nya la ni? ehh bangang laki aku dulu penagih jugak memang aku tak bagi laki aku jumpa anak-anak aku. Aku risau kalau dia tengah high dia apa-apakan anak-anak aku, sebab tu aku tinggalkan depa pada opah & atuk mereka. Sudah tentu makan, minum, kasih-sayang anak2 aku dapat.

  4. Julajuli

    January 13, 2018 at 8:17 am

    Kalau lah guna alasan tekanan perasaan, tak jmp anak dll sebab nak cover bab hisap ganja sampai toing dan tampar/sepak org ,mmg melampau laa…tak pasai2 org lain terheret sama dah nmpk bini pulak yg mcm salah! Kalau aku jd DD pun aku tak ingin la nak pi balai ke mahkamah ke…ko yg buat hal tak semenggah nak suruh aku tanggung malu disebabkan aku ni bini ko? Kadang2 ada jgk adik beradik ni pny nak tutup busuk adik beradik dia yg buat taik sanggup buat mcm2 alasan

  5. farid kamil fans

    January 13, 2018 at 5:10 am

    “Lama tak jumpa anak katanya”.. ingatkan lama tu sebulan or setahun.. rupanya 2 hari baru.. hmm.. confuse den

Loading...