Sudah bertemu dan memberikan sokongan moral buat abangnya, Datuk Farid Kamil sejak semalam, Fadzil Zahari tidak menolak kemungkinan bahawa Farid mempunyai masalah mental dan mengalami tekanan yang teruk. Beliau juga sudah lama tidak bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Saya bertemu Farid tiga hari sebelum dia ditahan dan dia ada mengadu katanya tidak bertemu dengan anak-anaknya sudah dua hari. Masa jumpa dekat balai pun dia tanya soalan sama, memang dia merindui anak-anaknya. Ada juga kemungkinan Farid mempunyai masalah mental atau tekanan perasan.
Fadzil juga memberitahu beliau tidak dapat menghubungi kakak iparnya, Diana Danielle dan tidak pasti mengapa aktres itu tidak hadir ke mahkamah hari ini sedangkan suaminya itu memerlukan sokongan setelah apa yang berlaku.
Farid ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Anonymous
January 13, 2018 at 2:17 pm
nak penyebab tak jumpa anak2 pulakkk..aduii
Lola
January 13, 2018 at 1:31 pm
Artis Malaysia ni kebayakan sampah.
Anonymous
January 13, 2018 at 12:50 pm
Tapi aku sure FK n DD ni disayangi ramai sbb ramai rakan artis yg wish n support diorg. Cuma yela myb FK dah buat mcm2 kat DD smpai DD xnak n xde hati langsung nak jenguk FK. Tu da bagus DD x buka aib husband die, kalau kena kat Rita rudaini mau habis satu malaysia die pungpang cite die teraniaya