Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Farid Kamil Mengaku Tidak Bersalah Buat Laporan Polis Palsu

Kes Datuk Farid Kamil nampaknya semakin rumit apabila beliau hari ini didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membuat laporan polis palsu berkaitan identiti rakan artis yang didakwa memasukkan dadah dalam minumannya.

Walaubagaimanapun, Farid yang kelihatan cukup tenang mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, Farid didakwa mereka keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis dengan memasukkan maklumat palsu dan tidak benar yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis yang menerima laporan itu.

Farid didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5.54 petang pada 31 Januari lalu di Balai Polis Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur. Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 193 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Sumber Berita  & Kredit Foto : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 Comments

  1. Anonymous

    March 12, 2018 at 2:05 pm

    Anom 5.01..jgnlah marah2..english dan ejaan kau pun berterabur..pas tu nak budget2 spekong…mak ketam nak didik anak ketam jalan straight pulak..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top