Pelakon dan pengarah, Farid Kamil akui dia berlapang dada menerima apa jua keputusan membabitkan sebutan kes penceraian dengan isterinya, Diana Danielle di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 24 Mac ini.
Memetik laporan Kosmo! Online, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari berkata, dia enggan lagi memujuk isterinya untuk terus mengekalkan ikatan perkahwinan mereka.
Benda sudah tertulis dan pernah dilalui (proses penceraian), cuma sekarang yang perlu dibuat adalah kena hadapi (keputusan) dengan penuh keterbukaan dan reda.
Saya rasa untuk kali kedua (bercerai) saya berserah kepada yang Maha Esa masalah perkahwinan dan komunikasi antara kami.
Berdoa, itu sahaja yang saya buat. Tiada sesi pujukan, tak keluar duit dan tak beli apa pun sebab apa lagi yang boleh saya berikan setelah dia hancurkan hadiah hari jadinya tempoh hari.
Pelakon itu turut berkata dia dan Diana mungkin tidak akan boleh bersahabat berdasarkan keadaan semasa.
Saya rasa dengan situasi ini kami boleh berkawan, saya tak terfikir dan saya tak rasa pun akan berlaku.
Cuma paling penting adalah anak-anak saya. Mereka lebih utama.
Dia turut berkata, pada sebutan kes permohonan penceraian yang dibuat isterinya kali ini, dia tidak akan melibatkan orang tuanya.
Saya enggan mereka susah hati. Mereka tahu perkembangan saya tapi saya tak cerita lebih mendalam.
Perkara ini (soal jodoh) sudah tertulis dan saya kena hadapi dengan tenang. Kalau ‘sakit’ pun kita perlu jalan terus.
Terdahulu, Diana membuat permohonan perceraian kali kedua namun pada 15 Disember tahun lalu Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pasangan terbabit melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan talak.