May 16th, 2019

Semalam, kita dikejutkan dengan berita dimana pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil dijatuhkan hukuman penjara 9 bulan atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol pada Januari tahun lepas.

Berita itu menerima reaksi pelbagai pihak dan rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen Datin Diana Danielle.

Ramai yang simpati dengan nasib Diana dan anak-anak yang terpaksa beraya tanpa kehadiran Farid di sisi. Mereka harap aktres itu tabah menghadapi segala ujian.

Terdahulu, pada hari Rabu , Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor memerintahkan Farid dihukum penjara sembilan bulan dan berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun. Mahkamah juga tidak membenarkan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman. Farid menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang bermula semalam.


22 responses to “Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan, Netizen Minta Diana Danielle Tabah”

  1. UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, PELAKON FARID KAMIL TERPAKSA MENYAMBUT RAMADAN KALI INI DAN BAKAL MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, HARI KEBANGSAAN KE-62 DAN HARI MALAYSIA KE-56 DI PENJARA. SEKIAN..

  2. anonymous says:

    tu la kan dia nak salahkan sofi jikan kan,dato sampah

  3. anonymous says:

    padan muka hang siruuu laa lagi

  4. Anonymous says:

    Ambil dadah, belasah polis + reka cerita palsu pasal polis dan orang nak aniaya + fitnah rakan artis masukkan dadah.

    Selalu seksyen 15 ADB, denda RM2000 ke RM5000 bila mengaku salah. Tutup kes.

    Ini sampai kena 9 bulan. Ajaib. Diharapkan lepas ni netizen pun belajar, bila buat salah kena betulkan dan own the mistake.

    Sekian.

    • Anonymous says:

      Nasib baik x kena saman. Kalu aku saman je.. sape nk byr bil hospital aku weyyy??

    • kak senah says:

      tak ajaib pun penjara 9 bulan tu.

      Seksyen 15 ADB ni boleh denda atau penjara. ramai je kena penjara. tempoh 7-9 bulan tu normal bagi kesalahan pertama bagi kes2 yg mengaku salah pada hari pertama pertuduhan dibacakan atau sebelum bicara bermula.

      dalam kes farid kamil ni, dia tak menagku salah. kes berjalan bicara. akhir kes pendakwaan , Mahkamah putuskan ada prima facie dan dia dipanggil membela diri.

      pada tahap ni, okt termasuk farid kamil diberi pilihan :
      1. memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi (yg ni selalu org pilih sebab keterangan dia ada pemberatan di sisi undang-undang) ; atau
      2. memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh (yg ni macam anwar ibrahim buat. yg ni pemberatan dia tak kuat sebab dia cakap saja tanpa ada sumpah) ; atau
      3. kekal berdiam diri.

      farid kamil pilih no.3 iaitu kekal berdiam diri. bila kekal berdiam diri ni kesan dia sebenarnya dia akui tuduhan-tuduhan terhadap dia. dia tak ada pembelaan.

      mahkamah dah cukup baik bagi 9bulan saja. sedangkan mahkamah boleh bagi 12 bulan atau maksimum penjara sebab dia dah merugikan masa mahkamah. teruskan bicara tapi tak ada pembelaan.

      jadi kesimpulannya, tiada sebarang keajaiban atau ketidak adilan terhadap farid kamil dalam kes dia. lawyer dia la ntah macam mana advice dia.

  5. cantik says:

    sebenarnya aku rasa time tu dia tgh stress.. dia kan such a devote father, tp si DD tu bwk lari anak dari dia. tu yg tension gila tu.. tp part ambik dadah tu mmg la salah.. x patut la

    • Anonymous says:

      artis dan dadah berpisah tiada,

    • Aida Musa says:

      Please laa kau ingat ni baru first time dia ambik dadah ke? Dd bawa anak lari ke rumah mak dia tingkat bawah je. Itu pun sebab memang dah lama dia main dadah, takde kerja, suka cakap merapu. Dia yang ambik dadah nak salahkah semua orang sekeliling. Be responsible for your ownself la farid!

Loading...