Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Farid Kamil Digam Pihak Produksi Kerana Politik, Tiada Tawaran Sejak Januari

Gara-gara lantang bersuara mengenai isu politik dan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini berpihak kepada parti pembangkang, pelakon Datuk Farid Kamil mendedahkan beliau digam oleh pihak produksi sejak bulan Januari lalu.

Advertisement

Bukan sahaja tidak menerima sebarang tawaran berlakon, Farid juga masih menunggu beberapa bayaran penuh yang belum dilunaskan walaupun ada antara drama lakonannya sudah habis ditayangkan.

Saya baru sedar nama saya telah digam oleh pihak produksi sejak awal Januari lalu. Mereka tidak mahu mengambil saya bekerja.  Sejak awal Januari lalu, nama saya kena tarik dan ada yang belum melangsaikan bayaran penuh kepada saya biarpun drama sudah habis ditayangkan.

Alasannya sebab saya terlalu lantang bersuara mengenai kerajaan terdahulu dan kes mahkamah saya itu kira kesimbungan apa yang berlaku.

Terdahulu, Farid bukan sahaja secara terbuka memberikan sokongan kepada Tun M tetapi  sering memuat naik “posting” berkaitan hal politik negara termasuklah isu skandal 1MDB di akaun Instagramnya.

Rasanya perkara ini bukan sahaja melibatkan Farid seorang malah beberapa selebriti lain juga. Ada yang terpaksa berdiam diri dan tidak boleh menunjukkan sokongan kepada Tun M kerana takut periuk nasi mereka diganggu oleh pihak atasan yang berpengaruh.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 Comments

  1. Naina

    May 18, 2018 at 8:23 am

    Ok la tu kena gam.
    Gam terus pun tak pe…bukan bagus sangat pun berlakon.
    Hahaha….

  2. anonymous

    May 17, 2018 at 11:45 pm

    sampah

  3. Kak Mah Kebabom

    May 17, 2018 at 10:47 pm

    bertanggungjawablah kpd diri sendiri dan keluarga terlebih dahulu seblum nk ckp lantang ttg politik

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top