Farid Kamil & Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Untuk Kali Kedua

Hiburan

Farid Kamil & Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Untuk Kali Kedua

Pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle telah sah bercerai talak satu untuk kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Memetik laporan Mstar, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, proses penceraian berlaku secara baik dan masing-masing mahu memberi tumpuan pada anak-anak.

Advertisement

 

Kedua-dua pihak telah selesaikan kes penceraian secara baik. Farid telah lepaskan Diana dan telah jatuh talak.

Dalam pada itu, Diana turut berkata dia dan Farid dapat terus fokus untuk membina hubungan persahabatan yang lebih baik di antara mereka.

farid kamil diana danielle

Kita masing-masing boleh terus fokus pada anak-anak dan boleh fokus untuk bina hubungan bersahabatan yang lebih baik.

 

Yang lebih penting adalah kebaikan untuk anak-anak. Tiada apa lagi yang nak dibahaskan, kes pun sudah selesai.

Diana itu turut berkata dia tidak mahu membesarkan anak-anak mereka berseorangan.

farid kamil dan keluarga

Walaupun kami dah berpisah, saya tak rela jaga anak seorang diri. Saya tak terfikir nak simpan anak untuk diri sendiri atau menyusahkan pihak bekas suami.

 

Bagi saya, anak-anak perlukan kedua ibu bapa mereka jadi we try to make it easy for them.

Sebelum ini, Diana membuat permohonan perceraian kali kedua namun pada 15 Disember tahun lalu Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pasangan terbabit melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan talak.

Untuk rekod, pada 10 ogos 2023, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk rujuk kembali selepas 21 hari berpisah.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

farid kamil lantik peguam sebagai jkp bagi kes cerai
2 months ago

Farid Kamil Lantik Peguam Sebagai JKP Sebutan Kes Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...