Farid Kamil Dedah Individu Berpangkat Datuk Fitnah Diana Danielle – “Sampai Macam Tu Sekali Nak Pisahkan Saya Dengan Isteri”

Hiburan

Farid Kamil Dedah Individu Berpangkat Datuk Fitnah Diana Danielle – “Sampai Macam Tu Sekali Nak Pisahkan Saya Dengan Isteri”

Pelakon, Farid Kamil mendedahkan bahawa seorang individu berpangkat Datuk pernah cuba menyebarkan fitnah mengenai isterinya, Diana Danielle.

Menerusi Podcast lelaki, Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari berkata, fitnah tersebut timbul ketika dia dan Diana masih dalam proses penceraian pertama mereka.

Advertisement

farid kamil dan diana danielle

Kali pertama saya berdepan dengan masalah untuk bercerai, saya jadi sangat terkejut.

 

Lagi ramai saya jumpa orang untuk mencari jawapan, lagi banyak cerita sampai ke telinga saya. Saya tidak percaya namun cerita-cerita itu seolah-olah benar.

 

Kami ada masalah suami isteri, tetapi cerita yang sampai dekat saya sehingga tahap ada yang mengatakan “kau tinggalkan sahajalah dia.”

farid kamil

Farid turut berkata, individu tersebut bukan sahaja membuat dakwaan negatif tentang Diana malah turut mengemukakan bukti.

Siap ada gambar dan nama individu tersebut. Sampai macam tu sekali mereka nak pisahkan saya dengan isteri.

 

Hati saya berbolak balik sehingga timbul persoalan, betul ke isteri saya buat macam tu?

 

Timbul cerita mengatakan sebenarnya Diana ni seorang wanita yang berprofil tinggi. Hanya orang-orang tertentu yang boleh bayar dia dan menikmati dia sebab itu dia hidup dengan duit yang banyak.

Namun, Farid menegaskan bahawa dia tidak mempercayai fitnah tersebut, malah individu berkenaan gagal dihubungi selepas itu.

farid kamil dan diana danielle

Saya hampir percaya. Ia menjadi virus yang menghancurkan hati saya dan pada ketika itu saya memikirkan tentang isteri serta anak-anak.

 

Akhirnya, kita cari balik dan cuba menghubungi Datuk tersebut tapi dia tidak menjawab panggilan telefon.

 

Selepas rujuk semula, cerita-cerita itu tidak memberi kesan kepada kami tetapi memberi kesan kepada masa depan perkahwinan. Maksudnya pemikiran itu.

Sebelum ini, Diana telah mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan dia nekad mahu berpisah dan memfailkan penceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Terdahulu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

farid kamil lantik peguam sebagai jkp bagi kes cerai
1 month ago

Farid Kamil Lantik Peguam Sebagai JKP Sebutan Kes Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...