Farid Kamil Buat Laporan Polis, Berkaitan Dengan Kes Apa?

Hiburan

Farid Kamil Buat Laporan Polis, Berkaitan Dengan Kes Apa?

Menyepikan diri seketika dari dunia seni selepas dibebaskan dari tahanan reman dengan jaminan RM12,000 untuk empat pertuduhan yang didakwa atas dirinya, kini Datuk Farid Kamil kembali mencetuskan sensasi apabila memuat naik foto dirinya memegang laporan polis di akaun Instagramnya.

Advertisement

Farid turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak berhenti berdoa buat dirinya sepanjang beliau diduga dengan kes tahanan reman atas dakwaan menampar anggota polis, menendang orang awam dan positif dadah jenis ganja baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Farid memberitahu beliau akan memperjuangkan nasib orang teraniaya. Walaubagaimanapun, beliau tidak mendedahkan isi kandungan laporan polis yang telah dibuat.

Tentu sekali ramai yang tertanya apakah kandungan sebenar laporan tersebut. Adakah ia jawapan untuk setiap perkara yang berlaku kepada Farid baru-baru ini? Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut daripada tuan empunya badan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

29 Comments

  1. Anonymous

    January 24, 2018 at 8:43 pm

    adoi. ko ingat slot akasia tv3 ke.. nk suruh kami teka apa terjadi episod seterusnyaaa?

  2. '

    January 24, 2018 at 8:23 pm

    Apa hal pulak dato ni.

    Harap dato’ berfikir sebelum bertindak. Kes-kes yang sedang didengar atau ditetapkan untuk bicara di Mahkamah tak boleh diviralkan Tok. Tok kena minta lawyr Tok saring dulu laporan polis yang nak dibuat.

    • Anonymous

      January 24, 2018 at 8:41 pm

      apasal pulak….

    • Anonymous

      January 24, 2018 at 9:30 pm

      Pasal 300 retis ngutang ah long kot sis. Mesti ada ah long buat hal..

    • Anonymous

      January 25, 2018 at 8:39 am

      Dato kan tak ada dlm senarai kata zed zaidi.

      Lagi satu pasal 300 rtis hutang along, retis yg berkenaan kena buat sendiri police report. Kalau tidak, polis X boleh bertindak la aduh. Bukan 300 orang wakilkan zed zaidi atau Tok.

  3. Anonymous

    January 24, 2018 at 8:16 pm

    ada abang polis ditampar kali ni?

  4. Anonymous

    January 24, 2018 at 7:50 pm

    Anda rasa saya ada masa utk sakit kepala?

  5. Anonymous

    January 24, 2018 at 7:47 pm

    Dah dapat skrip yg baik ya… panjang karangan tu nanti

Loading...