Farid Kamil Buat Laporan Polis, Berkaitan Dengan Kes Apa?

Hiburan

Farid Kamil Buat Laporan Polis, Berkaitan Dengan Kes Apa?

Menyepikan diri seketika dari dunia seni selepas dibebaskan dari tahanan reman dengan jaminan RM12,000 untuk empat pertuduhan yang didakwa atas dirinya, kini Datuk Farid Kamil kembali mencetuskan sensasi apabila memuat naik foto dirinya memegang laporan polis di akaun Instagramnya.

Advertisement

Farid turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak berhenti berdoa buat dirinya sepanjang beliau diduga dengan kes tahanan reman atas dakwaan menampar anggota polis, menendang orang awam dan positif dadah jenis ganja baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Farid memberitahu beliau akan memperjuangkan nasib orang teraniaya. Walaubagaimanapun, beliau tidak mendedahkan isi kandungan laporan polis yang telah dibuat.

Tentu sekali ramai yang tertanya apakah kandungan sebenar laporan tersebut. Adakah ia jawapan untuk setiap perkara yang berlaku kepada Farid baru-baru ini? Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut daripada tuan empunya badan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...