Farid Kamil Akhirnya Jumpa Anak, Siap Bawak Pergi Masjid – “Jangan Kita Biarkan Kezaliman..”

Hiburan

Farid Kamil Akhirnya Jumpa Anak, Siap Bawak Pergi Masjid – “Jangan Kita Biarkan Kezaliman..”

Sebelum ini, pelakon, Farid Kamil mendakwa dia sudah hamipr sebulan tidak dapat berjumpa dengan anak-anaknya selepas berita mengenai perpisahannya dengan isteri, Diana Danielle tular di media sosial.

Namun, baru-baru ini, Farid memuat naik hantaran video di laman Instagram memaparkan anak lelakinya, Muhammad.

Advertisement

Menerusi video tersebut, pelakon berusia 41 tahun itu dilihat dapat meluangkan masa bersama anaknya di sekitar Masjid Negara.

Bukan itu sahaja, Farid turut memuji anaknya kerana berpuasa dan menunjukkan detik semasa anaknya sedang menunaikan solat di masjid berkenaan.

Malah, Muhamad dilihat melakonkan semula babak dalam filem Anwar: The Untold Story yang dilakonkan oleh bapanya.

Jangan kita biarkan kezaliman dalam bentuk apa sekali pun, jangan biarkan kita biarkan yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin Muhammad, reformasi!

Terdahulu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Farid Kamil.

Dalam pada itu, pelakon Imaginur itu turut mendedahkan anak perempuannya, Nur Aurora mengalami trauma untuk berjumpa dengan bapanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

farid kamil rindu anak anak
2 years ago

(VIDEO) "Bagilah Jumpa, Apa Salahnya" - Sebak Lihat Farid Kamil Rindu Anak, Netizen Harap Diana Danielle Berlembut Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...