Farid Kamil Akhirnya Dapat Jumpa Aurora, Netizen Tertanya – “Betul Ke Trauma?”

Hiburan

Farid Kamil Akhirnya Dapat Jumpa Aurora, Netizen Tertanya – “Betul Ke Trauma?”

Sebelum ini, pelakon, Diana Danielle telah menghalang suaminya, Farid Kamil daripada berjumpa dengan anak perempuan mereka, Nur Aurora.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson mendakwa anaknya itu masih mengalami trauma dengan insiden ‘petik cili’.

Advertisement

Menurut pelakon Imaginur itu, suaminya telah menghukum anak dengan cara yang agak keterlaluan sehingga bertindak menengking, mengurung, dan membiarkan Aurora tidur di atas lantai di dalam sebuah bilik.

Terkini, Farid akhirnya dapat bertemu dan meluangkan masa bersama dua orang anaknya, Muhammad dan Aurora di sebuah taman tema air.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Muhammad dan Aurora dilihat ceria bermandi-manda bersama bapa mereka.

Bukan itu sahaja, pelakon Anwar: The Untold Story itu turut berkongsi momen-momen mereka bermain permainan air.

farid

Meninjau di ruangan komen sebuah portal hiburan, perkongsian Farid telah menimbulkan persoalan orang ramai mengenai dakwaan Diana sebelum ini.

Malah, netizen mengatakan tidak mungkin anak perempuannya masih mahu meluangkan masa bersama bapa sekiranya mengalami trauma.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Dakwa Farid Kurung Anak Dalam Bilik 'Tak Sesuai', Kenyataan Diana Dipersoal Netizen - "Ada Apa Dalam Tu?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...