January 20th, 2017

Sebelum ini, pelakon Diana Danielle mengakui rumah tangganya bersama Farid Kamil pernah goyah dan mereka berdua hampir bercerai.  Namun, Diana akui tindakan beliau ke Mahkamah Rendah Syariah bersama seorang peguam didorong oleh perasaannya yang terlalu emosi.

Tambah Diana, beliau juga ada silapnya apabila sering menyangka Farid sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap beliau dan menyerahkan segala hal anak-anak kepada Diana.

Tidak memberikan sebarang komen mengenai isu rumah tangganya, Farid menerusi portal Utusan Online semalam akhirnya buka mulut dan mengakui rumah tangganya pernah goyah.

Rumah tangga ini ibaratnya seperti cuaca tertentu. Ada kalanya panas dan kadang-kadang hujan lebat. Begitu juga perkahwinan saya dan isteri. Apa jua masalah yang berlaku memantangkan kami berdua dari segi pendekatan dan juga tindakan yang boleh diambil. Yang penting ialah sentiasa bermuhasabah diri dan kenal pasti masalah sebenar yang menjadi punca persengketaan.

Farid lebih selesa untuk menggunakan cara lama iaitu mengambil masa untuk mengenal pasti kelemahan dan kekurangan masing-masing.

Saya percaya sekiranya ada perkara-perkara yang melibatkan masalah dalam rumah tangga, cara terbaik ialah merujuk kepada pakar-pakar yang bertauliah dalam bidang berkaitan. Sebagai suami, apabila sudah membuat keputusan untuk menerima akad dan nikah, tanggung jawab dia ialah memastikan asas utama dalam perkahwinan iaitu ilmu agama perlu jadi keutamaan.

Farid  juga menasihatkan  pasangan muda yang ingin berkahwin untuk  mendalami ilmu agama terlebih dahulu dalam usaha memastikan perkongsian hidup suami isteri kekal bahagia.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...