Farhatul Fairuzah 19 Tahun, Kongsi Tips Juara Tilawah Antarabangsa

Kehidupan

Farhatul Fairuzah 19 Tahun, Kongsi Tips Juara Tilawah Antarabangsa

Baru berusia 19 tahun, beliau telah menjuarai Tilawah Al Quran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61, Sabtu lalu.

Nor Farhatul Fairuzah Panut menjadi sebutan warga Malaysia. Di sini, terdapat serba sedikit berkenaan gadis berusia 19 tahun ini, dan semoga ia menjadi inspirasi kepada anak-anak muda lain untuk mencotohi kecintaan adik ini terhadap Al-Quran.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah.. syukurr, rezki yang sangat besar Allah beri ???? Terima kasih kepada semua Guru2 yang banyak mencurahkan ilmu , rakan2 seperjuangan yang banyak mendoakan saya , tanpa kalian semuaa siapalah saya??? semoga kemenangan ini baik disisi agama?? Marilah sama2 kita memartabatkan Quran #MTQA2019 #Johan #Antarabangsa #2019

A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah) on

Advertisement

Farhatul merupakan anak bongsu daripada 5 beradik kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin.

Beliau kini belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan.

Mula belajar tarannum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah pada usia tujuh tahun.

Advertisement

Pada pertandingan peringkat kebangsaan baru-baru ini, Farhatul diangkat sebagai johan manakala kakaknya, Nor Faizah, menjadi naib johan

-Menarik juga untuk diketahui, kesemua adik-beradik Farhatul aktif menyertai pertandingan tilawah.

-Farhatul mengakui mengamalkan membaca Al Quran setiap kali selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara.

-Farhatul bercita-cita mahu bergelar pensyarah dan berhasrat membuka kelas pengajian tarannum satu hari nanti.

Pada Sabtu lepas, Qari dan qariah Malaysia diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61.

Abdul Khair Jalil memperoleh 93.02 markah, manakala Nor Farhatul Fairuzah Panut mendapat 87.05 markah.

Kemenangan itu membolehkan mereka menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...