Fareez Tersingkir, Firman Mula Tunjuk Aura Juara AF2014?

Hiburan

Fareez Tersingkir, Firman Mula Tunjuk Aura Juara AF2014?

Bertemakan ‘Hits Fantasia’ pada minggu ketiga, pelajar-pelajar AF2014 diberi tugasan untuk menyanyikan lagu-lagu bekas pelajar AF2014. Antara lagu yang didendangkan ialah Awan Nano, Aduh Saleha, Kebahagiaan Dalam Perpisahan dan Hanya Kau Yang Mampu. Walaupun ada peningkatan yang ditunjukkan oleh pelajar seperti Firman dan Muna, Abang Nara merasakan persembahan para pelajar AF2014 kali ini lebih kepada ‘meniru’ bekas pelajar AF dan bukannya tampil dengan persembahan tersendiri.

af2014

Advertisement

Sesi pembelajaran sepanjang seminggu sebelum membuat persembahan nampaknya tidak membuahkan hasil apabila rata-rata pelajar seolah-olah menyanyikan kembali lagu bekas pelajar AF dengan gaya asal. Akibatnya, Fareez yang sememangnya berada di tangga terbawah sepanjang minggu telah pun disingkirkan. Pemilihan yang tepat kerana persembahan Fareez daripada minggu pertama amat kurang memberangsangkan. Berdasarkan komen para pengikut tegar AF, Fareez juga dilihat agak malas untuk memperbaiki diri jika dilihat di dalam Diari AF.

af2014

Daripada pemerhatian Abang Nara, 2 nama iaitu Firman dan Adel telah mula mempunyai pengikut mereka yang tersendiri. Mereka berdua mempunyai aura yang tersendiri lebih-lebih lagi Firman yang sering mendapat pujian daripada para juri. Adakah Firman bakal bergelar juara AF2014? Masih terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Namun para pelajar AF2014 yang lain harus belajar untuk menunjukkan keistimewaan masing-masing jika tidak mahu digelar sekadar pencukup ‘korum’.

af2014

Nasihat Abang Nara,jangan malas untuk bertanya dan belajar daripada para guru di AF2014. Tampilkan kelainan setiap minggu. Jangan terlalu mengikut rentak dan gaya penyanyi asal. Tunjukkan yang anda berani berubah. Semoga konsert minggu keempat kelak akan ada peningkatan yang memberangsangkan. Sama-samalah kita nantikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...