March 7th, 2016

Diam tak diam, anak kepada pelakon Fauzi Nawawi rupanya mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian. Fareez Fauzi, 18, telah memenangi pertandingan realiti Mentor Millenia yang berlangsung malam tadi di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.
 photo Cc4RvDoUYAAHXf3.jpgFareez yang merupakan protégé kepada penyanyi Hazama membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai bernilai RM 100, 000 dalam majlis yang diacraakan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh.

Fareez menyampaikan lagu Drama King di samping berduet dengan Hazama untuk lagu Hilang Naluri. Apa yang menarik, Fauzi turut tampil dalam persembahan sketsa sewaktu menyanyikan lagu tersebut.
 photo Ccl6d9IUAAEeQY9.jpg

Pemenang tempat kedua ialah Qody, protégé Black, yang membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi, menyampaikan lagu Jerangkung Dalam Almari berduet bersama Black dan Hanya Nama Mu secara solo.

Pemenang tempat ketiga ialah Wani, juga merupakan protégé Black yang menyanyikan lagu Malam dan Merisik Khabar secara solo di samping berduet dengan Black untuk lagu Tanya Sama Hati dan Tiada Kata Secantik Bahasa.

Fareez juga sebenarnya sudah lama mengongsi video-video nyanyiannya di laman YouTube. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
 photo fareezfauzi.jpg photo 12784127_1652691868327147_225191054_n.jpg

"My worst enemy is my own lack of conviction."Let's watch Randai Musical: "Cindua Mato" at Panggung Sari, Istana…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 29 February 2016


Comments are closed.

Loading...