Kreatif juga bekas isteri kepada Sham Kamikaze yang menggunakan lagu untuk meluahkan isi hatinya yang terbuku mengenai kegagalan rumah tangganya sebelum ini. Menerusi lagu yang bertajuk “Allah Tahu” ini, Farazila menjawab tentang persoalan dan tuduhan serong sesetengah pihak terhadapnya. Untuk makluman, sebelum ini rumah tangga Sham dan Farazila menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi apabila Farazila memaklumkan mempunyai bukti cakera keras kecurangan Sham.
Malah Farazila juga pernah tampil di suratkhabar untuk mendedahkan sikap hipokrit bekas suaminya itu. Kali ini menerusi lirik-lirik lagu “Allah Tahu’ dan juga video klip di bawah, Farazila sekali lagi tampil mempertahankan dirinya daripada tuduhan tidak berasas pihak luar. Kata Farazila:-
Benar saya hasilkan lagu berkenaan untuk menjelaskan apa yang saya lalui ketika itu kerana saya tiada saluran untuk meluahkan perasaan dan apa yang terbuku dalam hati saya selama ini. Menerusi lagu itu juga saya dapat menjawab tentang persoalan dan tuduhan serong sesetengah pihak terhadap saya sebelum ini.
Saya sedar mungkin akan ada pihak yang menganggap saya sengaja mahu membuka cerita lama tetapi itu bukan niat saya malah lagu itu sudah lama siap cuma baharu tahun ini dapat dilancarkan. Bagaimanapun disebalik luahan saya ia sebenarnya membawa mesej yang lebih luas yang mungkin terjadi kepada sesiapa sahaja sebab itu saya beri nama lagu itu ‘Allah Tahu”.