Pelakon yang baru berusia 23 tahun, Faralyna Idris bakal menamatkan zaman gadisnya dengan jejaka pilihan hati, Muhammad Fikri Abdullah pada 12 Disember ini. Mereka berdua telah bertunang pada bulan Mei yang lalu dan bakal melangsungkan pernikahan mereka di Cruise Tasik Putrajaya. Jutaan tahniah diucapkan kepada mereka berdua.
Selesai majlis pernikahan pada 12 Disember, majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di majlis Grand Ballroom The Place Once City, Subang Jaya. Selepas majlis resepsi tersebut, majlis sebelah pengantin lelaki pula akan berlangsung. Kiranya 3 hari terus habis semua. Semoga semuanya berjalan lancar.
Tahniah sekali lagi buat Faralyna dan Fikri. Semoga perkahwinan anda berdua akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.