Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Farahdhiya Hilang Sabar, Kerap Diganggu Lelaki Psiko Di Instagram

Farah Dhiya

Penyanyi dan juga pelakon, Farahdhiya memberitahu bahawa dirinya sudah hilang sabar dengan sikap sesetengah peminat yang melampaui batas apabila dia kerap menerima mesej berbaur lucah dan tidak senonoh.

Perkara tersebut didedahkan pelakon drama Spa Q ini menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya di mana dia ada memaparkan mesej gangguan tidak henti-henti yang diterima daripada individu tidak dikenali.

Advertisement

Disebabkan oleh mesej-mesej seperti itu, Farahdhiya berkata dia kini sudah tidak menahan amarah kerana kerap menerima mesej berbaur lucah termasuklah gambar seperti kemaluan lelaki daripada peminat.

“Macam-macam saya pernah dapat. Gambar anu (kemaluan), anu yang diletakkan atas gambar muka saya, mesej tidak senonoh tanpa henti walaupun bercakap sendiri. Mesej yang saya kongsikan ini contoh sahaja sebab terlalu banyak yang dihantar, siap nak cari alamat rumah, nak jumpa ketika berjoging. Awak telah menganggu ruang dan kehidupan peribadi saya.”

Ujar penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini lagi, sikap kurang ajar yang ditunjukkan peminat seperti itu telah membuatkan dia ingin membawa perkara ini kepada pihak berkuasa jika berlarutan.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memberi nasihat kepada Farahdhiya agar terus sahaja membuat laporan polis dan meminta dirinya agar sentiasa berwaspada dan menjaga diri dengan baik.

Selain pelakon jelita itu yang menerima gangguan seksual, antara artis wanita lain yang turut menerima nasib yang sama adalah Zizi Kirana, Scha Elinnea dan Baby Shima

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top