Written by serenity | November 6th, 2017

Di Malaysia, drama bersiri mempunyai sebilangan peminat setia, dan biasanya gandingan dalam drama mempunyai peminat sendiri atau ‘shippers’ memuja idea percintaan antara dua pelakon yang diminati. Jika anda masih ingat, antara ship yang mempunyai ramai peminat ialah gandingan Zul Ariffin X Ayda Jebat (Rindu Awak 200%), Fattah Amin X Neelofa (Suri Hati Mr Pilot) dan Fattah Amin X Fazura (Hero Seorang Cinderella).


Malah, ramai yang berharap gandingan yang diminati itu akan mengakiri hubungan dengan ikatan perkahwinan seperti pasangan K-drama Song Joong Ki dan Song Hye Gyo (Descendants of the Sun) dan pasangan telenovela Filipina, Ding Dong Dantes dan Marian Rivera (Marimar).

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Pasangan terbaru yang sedang hangat dipuja peminat ialah Zul Ariffin dan Farah Nabilah yang berlakon drama Titian Cinta yang ditayangkan untuk slot Akasia di TV3. mStar Online bagaimanapun melaporkan, Farah menyatakan hubungan dia dan Zul hanyalah berbentuk profesional:

Saya dan Zul tiada apa-apa hubungan istimewa, apa yang ditonton hanyalah lakonan semata-mata demi menjayakan watak.

Kami hanya bertemu di set penggambaran dan untuk acara promosi sahaja. Selesai kerja, kami jalani kehidupan masing-masing.

Biasalah kalau ada peminat jodoh-jodohkan artis kesukaan mereka, saya tak kisah tentang hal itu.

Farah Nabilah juga berharap agar peminat tidak terlalu obses dengan jalan cerita drama itu yang diadaptasi dari novel berjudul sama karya Ridhya Iman.

Farah mengulas  kejadian seorang lelaki Kedah, disyaki menembak suami kekasihnya, yang dilaporkan mendakwa terpengaruh dengan novel itu seminggu lepas.

Saya terkejut apabila mengetahui mengenai kejadian itu dan berharap penonton tidak terlalu obses dengan apa yang mereka tonton di TV.

Apa yang disaksikan di televisyen adalah berbeza dengan dunia realiti dan jangan mudah terpengaruh.

Anggaplah itu hanya sekadar hiburan dan tak mahulah sampai wujud kesan negatif kepada masyarakat.

Untuk makluman, drama Titian Cinta arahan Heykal Hanifah telah menamatkan tayangan pada 30 Oktober lepas.

Pada pendapat penulis, peminat sendiri harus meletakkan garis pemisah antara realiti dan fantasi, Jika sekadar minat, tidak menjadi masalah.

Tetapi jika terlalu minat sehingga mempengaruhi keputusan-keputusan yang dibuat dalam dunia realiti, mungkin peminat tersebut patut keluar dari rumah dan bersiar-siar menghirup udara segar dan melapangkan fikiran. Kerana ia hanya fiksyen sahaja. – beautifulnara.com

31 responses to Farah Nabilah Tidak Kisah Peminat Jodohkannya Dengan Zul Ariffin

  1. kfc lover says:

    so sweet together…mudah2an ada la somethg…

    5

    10
    • Anonymous says:

      jantan poyo…nk ke dia dgn farah ni. kak gayatri produser kot…buat habis masa je.

      8

      1
      • Miss Unibes says:

        Laaa… Jolpereng a.k.a Jolrepeng si muka basah ni lagi. Kita tengok Jolpereng melayan ke tak publisiti murahan mcmni. Sebelum ni sindir Pattah Kayu kan yg sikit2 ‘berdrama’ ngan heroin. Dia pun dulu sama ngan Ayda Jambatan dulu.

        0

        1
    • Anonymous says:

      Mmg nmpk sweet dlm drama. Tp mohon Nabila jgn terpedaya dgn Zul. Tgkla ada dia dh buat kt awek2 dia. Nak blah, blah camtu je.

      12

      1
  2. Suka Hati says:

    Tapi kalau fiksyen pun buatlah yang bermutu dan logik sikit. Dah tahun 2017 tapi masih buat watak heroin yang bodoh dan lemah. Konon2 belajar kat UK sampai 4 tahun. Kena ugut dlm sms, ko pasrah. Kena tolak jatuh tangga, ko pasrah. Kena fitnah sampai ayah ko mati, ko pasrah. Kejadahnya watak perempuan mcm ni! Sikit2 heroinya “bang, saya minta maaf… bang, kesian kat dia. Tak sampai hati nak buat dia camtu”. Sadis!

    151

    0
    • aku says:

      itu la masalahnyer…tp aku pelik..yg bodoh2 mcm ni jugak yg org suka tgk..hahaha

      35

      0
    • elle says:

      tula aku tgk pon mcm x logik tp sebenarnye mmg wujud org cmni, hakitkatnye penah aku jumpe pompuan baik cmni yg relakan aje ape org buat kt die..tp tula last2 x dpt pembelaan yg sewajarnye.. happy ending hanye dlm drama saje ok!

      5

      0
      • Yoonji says:

        Itulah kena buat watak yg boleh dicontohi. Berhibur, berhibur jugak. Tapi buatlah kajian sikit supaya boleh cipta watak yg orang luar boleh ambil iktibar. Teringat aku tgk cerita English Vinglish lakonan Sri Devi. Tak minat tgk hindustan tp kwn recommend. Jln cerita yg sgt menghiburkan tapi dlm masa yg sama bnyak pengajaran. Disebabkan cerita tu, aku buang malu, berusaha cari kelas english utk org yg dah bekerja sebab aku nak perbaiki english aku supaya dpt bersaing dlm bidang kerja. English aku masih tak perfect tp ada peningkatan. Dulu malas baca buku english sebab susah nak faham. Sekarang, aku enjoy dpt bnyak pilihan dlm bahan pembacaan. Dulu takut dan segan nak bertutur dlm english sebab vocab dan grammar tunggang langgang. Sekarang, alhamdulillah.
        Kalaulah watak heroin dlm cerita ni diolah lebih baik, tak lemah and guna otak yg konon2 pandai tu, tak mustahil kalau boleh beri impak yg postif pada wanita diluar yg mungkin difitnah ke, atau yg mengalami penderaan dr suami ke. Entahlah, kebanyakan drama dan novel heroinnya walaupun kena dera dr segi mental dan emosi (dan kadang2 fizikal), semuanya pasrah sebab nanti nak bahagia dgn anak dato/tan sri.

        10

        0
  3. nok gebuzzz says:

    farah ni cantik n pandai menjiwai watak,suke tgk dia dlm titian cinta…

    2

    15
  4. Nor says:

    Xpayahla.. Kalau dgn jul ripin ni.. Baget bagus… Byk g jejaka tampan n baik kat luar sana…

    8

    0
  5. Anonymous says:

    dia dah ada boyfriend la.

    4

    0
  6. Zaza says:

    So zul pon ada permainan dia sendiri.dia gunakan isu zahirah dgn kamal sebagai alasan utk cari lain kan? Hehe..bak kata pepatah ibarat menangguk di air yg keruh.
    Kpd zahirah,gud luck sis.kau dh ada pesaing skrg.kahkahkah

    11

    0
  7. elle says:

    Farah ni da lame berlakon tp mungkin kali ni watak n pengarahan sesuai dgn die so die nmpk menonjol, another talent discovered. tolong laa jgn terjerumus dgn gosip mosip murahan ni farah. ure far away better than this.

    12

    0
    • mak c kina says:

      dia belakon dlm ‘papa ricky’…yg cikgu tu…yg khwn dgn papa ricky tu…tp dlm cite tu dia nmpk gemuk skit..aku pun baru tau sbb tertgk ulangan papa ricky hari tu…hahaha

      0

      2
  8. Anonymous says:

    Tak yah lerrrr ngan mamat poyo ni dia dok kutuk pelakon lelaki lain pandai…dia pun sama jugak leps abis berlakun je dgn mana2 pompuan mesti ada je scandal nya…pehtu ada lak ckp nk belakun dgn lopa nk tgk dia hebat konon…last2 dia tingal semua2 balik pd si penerbit pillai apa gillai…lebih kurang la…

    6

    0
  9. Tin kosong says:

    Hello people. Sebelum ni heboh Fatah dan Faz …. Tak kesah di jodohkan dan nk bertunang lah. Sudah nya ” Faz akui itu gimik jer …,,”! so Ini another promo ler. Tak caya? Nanti aku call penerbit nk tanya Mereka digandingkan dalam drama apa?

    1

    0
  10. sirene says:

    Hati2 dengan Zul. Not a good man. Cara dia tak backup Zahirah dan ego etc..memang meluat. Kesian Zahirah. Tentu dia (Zahirah) merasa sedih.

    10

    0
    • kak maghia says:

      btol setuju nampak nauuu egonya..pastu x kesah lantak lah kalo ilang gf pon…zahirah je over nk buktikan bagai huhuhu sian
      cara cakap pon eksyen je bila jwb soklan…mawi no 2 kot…lama2 tenggelam

      7

      0
  11. Anonymous says:

    ok bye bye zahirah hahaa

    0

    2
  12. El says:

    Standar ajelah Minah ni, nothing special dengan rupa dan bakatnya

    4

    1
  13. Tin kosong says:

    Well itu ler cara artis lama nk iklankan promosi diri bila dah kian.sendu malap. Kna la cari kontroversi atau tunggu rezeki di pasangkan dengan artis muda yang baru nk dlm dunia glamor.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Cinta antara artis skrng ni auta lh..taktik murahan..dia org anggap peminat ni cam jakun..hueekkk

    2

    0
  15. hellohowareyou says:

    salam, saya cousin farah. saya baru je tunjuk kat dia. dia pun terkejut. actually farah x cakap pun benda ni. dia dgn zul mmg tkde pape. semua tu hanya lakonan. harap maklum.

    4

    2
  16. Nadiah says:

    Best gegar vaganza kali ni, masing-masing energetic

    0

    0
  17. anon says:

    dah ada boyfriend la. handsome pulak tu

    0

    1

Leave a Comment

Optional