Farah Nabilah Tidak Kisah Peminat Jodohkannya Dengan Zul Ariffin

Hiburan

Farah Nabilah Tidak Kisah Peminat Jodohkannya Dengan Zul Ariffin

Di Malaysia, drama bersiri mempunyai sebilangan peminat setia, dan biasanya gandingan dalam drama mempunyai peminat sendiri atau ‘shippers’ memuja idea percintaan antara dua pelakon yang diminati. Jika anda masih ingat, antara ship yang mempunyai ramai peminat ialah gandingan Zul Ariffin X Ayda Jebat (Rindu Awak 200%), Fattah Amin X Neelofa (Suri Hati Mr Pilot) dan Fattah Amin X Fazura (Hero Seorang Cinderella).


Malah, ramai yang berharap gandingan yang diminati itu akan mengakiri hubungan dengan ikatan perkahwinan seperti pasangan K-drama Song Joong Ki dan Song Hye Gyo (Descendants of the Sun) dan pasangan telenovela Filipina, Ding Dong Dantes dan Marian Rivera (Marimar).

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Pasangan terbaru yang sedang hangat dipuja peminat ialah Zul Ariffin dan Farah Nabilah yang berlakon drama Titian Cinta yang ditayangkan untuk slot Akasia di TV3. mStar Online bagaimanapun melaporkan, Farah menyatakan hubungan dia dan Zul hanyalah berbentuk profesional:

Saya dan Zul tiada apa-apa hubungan istimewa, apa yang ditonton hanyalah lakonan semata-mata demi menjayakan watak.

Kami hanya bertemu di set penggambaran dan untuk acara promosi sahaja. Selesai kerja, kami jalani kehidupan masing-masing.

Biasalah kalau ada peminat jodoh-jodohkan artis kesukaan mereka, saya tak kisah tentang hal itu.

Farah Nabilah juga berharap agar peminat tidak terlalu obses dengan jalan cerita drama itu yang diadaptasi dari novel berjudul sama karya Ridhya Iman.

Farah mengulas  kejadian seorang lelaki Kedah, disyaki menembak suami kekasihnya, yang dilaporkan mendakwa terpengaruh dengan novel itu seminggu lepas.

Saya terkejut apabila mengetahui mengenai kejadian itu dan berharap penonton tidak terlalu obses dengan apa yang mereka tonton di TV.

Apa yang disaksikan di televisyen adalah berbeza dengan dunia realiti dan jangan mudah terpengaruh.

Anggaplah itu hanya sekadar hiburan dan tak mahulah sampai wujud kesan negatif kepada masyarakat.

Untuk makluman, drama Titian Cinta arahan Heykal Hanifah telah menamatkan tayangan pada 30 Oktober lepas.

Pada pendapat penulis, peminat sendiri harus meletakkan garis pemisah antara realiti dan fantasi, Jika sekadar minat, tidak menjadi masalah.

Tetapi jika terlalu minat sehingga mempengaruhi keputusan-keputusan yang dibuat dalam dunia realiti, mungkin peminat tersebut patut keluar dari rumah dan bersiar-siar menghirup udara segar dan melapangkan fikiran. Kerana ia hanya fiksyen sahaja. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...