Khabar angin mengenai pertunangan pelakon Farah Nabilah nampaknya tidak benar. Menerusi portal mStar Online, Farah memberitahu foto-foto yang tersebar di media sosial sebenarnya adalah ketika majlis pertunangan sepupu beliau.
Farah setakat ini belum lagi memikirkan soal perkahwinan dan mahu memberikan fokus kepada kerjaya lakonan beliau.
Bukan saya, itu adalah khabar angin sahaja. Sebenarnya ia adalah majlis pertunangan sepupu saya. Kalau saya yang bertunang, sudah tentu saya akan beritahu semua. Bagi saya masih jauh lagi perjalanan untuk ke arah itu, banyak yang saya ingin capai dalam kerjaya sebelum mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, timbul gosip mengatakan Farah sedang hangat bercinta dengan seorang juruterbang namun pelakon wanita itu menafikannya.