Gara-gara bergambar mesra dengan Zul Ariffin, ada juga yang tertanya, pelakon Farah Nabilah sebenarnya sudah mempunyai teman istimewa ataupun tidak? Tiada orang cemburu ke? Iyalah, sebelum ini ada juga terdengar khabar angin beliau sedang bercinta dengan seorang juruterbang.
Walaubagaimanapun, hari ini Farah menerusi portal BH ONLINE mengesahkan dirinya masih solo.
Saya sememangnya solo sejak mula menceburi bidang seni. Teman lelaki saya ialah bidang kerja. Saya sendiri terlalu sibuk dengan kerjaya, jadi, pastinya saya akan simpati andai mempunyai kekasih kerana tiada masa untuk dirinya. Bagaimanapun, saya masih lagi berkawan dengan bekas teman lelaki kerana kami mempunyai kelompok kawan yang sama.
Mungkin sekarang ini ada peminat Farah dan Zul tersenyum lebar dan membayangkan ada harapan untuk mereka bercinta. Erm, soal jodoh tiada siapa yang tahu kan?

Hunchback
April 28, 2018 at 11:41 am
Parah ni dh makeup pn x lawa, ape la muke tawar.. belakon jdi perempn kpg sangat sesuai.muke kekampungan
El
April 28, 2018 at 8:25 am
Banyak betol Hero heroin baru sekarang ni, yang belakon drama adaptasi novel cinta Merapu merepek, belakon pon tergedik gedik over, asal dah make up siket bisalah jadi heroin drama dengan bayaran murah