Februari 2013 adalah hari bahagia buat Farah Asyikin apabila mendirikan rumahtangga buat kali kedua dengan Zahier Stanley, seorang pemuda yang berasal dari Cape Town, Afrika Selatan. Sayangnya perkahwinan bekas peserta One In A Million ini nampaknya tidak bertahan lama apabila nama mereka berdua dipaparkan di papan permohonan cerai Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Menerusi perkahwinan ini, Farah dan Zahier telah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Kes penceraian ini telah ditangguhkan pada 20 Januari akibat ketidakhadiran pasangan suami isteri ini. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka.