Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Farah Asyikin Bakal Berkahwin Buat Kali Ketiga Januari Depan

Sah bercerai talak satu secara tebus talak dengan bekas suaminya Zaahier Stanley yang berasal daripada Capetown, Afrika Selatan sekitar bulan Januari lepas, bekas penyanyi Farah Asyikin memberitahu beliau bakal berkahwin buat kali ketiga pada 7 Januari depan.

Advertisement

Difahamkan, bakal suaminya yang bernama Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51 tahun, merupakan duda anak tiga dan bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat minyak dan gas.

Bakal suami saya duda dan kematian isterinya sejak 18 tahun lalu. Kami kenal sejak Disember tahun lalu. Beliau melamar saya Mac lalu iaitu pada bulan sama bapa menghembuskan nafas terakhirnya. Beliau sempat mengenali arwah bapa. Arwah juga menyenanginya.

Farah akui beliau pernah merasa serik untuk berkahwin lagi tetapi jodohnya bersama lelaki berkenaan agak kuat.

Semua ini kuasa Allah. Mula-mula dulu memang saya tak yakin dengan hubungan ini. Malah saya juga bersikap jual mahal. Ditambah dengan kes penjagaan anak yang baharu saja selesai beberapa bulan lalu, saya masih teragak-agak.  Namun jodoh saya dengannya jadi kuat. Di sebalik kegagalan dua perkahwinan terdahulu, saya banyak belajar.

Advertisement

Walaupun ada yang anggap saya salah pilihan, ada hikmah di sebalik dugaan dan ujian yang hadir.  Semua pengalaman itu mahal, termasuk belajar menerima lamaran lelaki baharu dalam hidup, sekali gus memikirkan niat untuk membina hidup bersamanya.

Farah mula berkenalan dengan bakal suaminya melalui seorang rakan yang sama-sama terlibat dalam kerja amal menerusi NGO yang aktif dengan program kemanusiaan, Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakaf).

Pada awalnya mereka merencana untuk bernikah pada bulan April tahun depan tetapi apa salahnya untuk mempercepatkan benda yang baik. Majlis pernikahan mereka akan diadakan secara ringkas di sebuah pusat komuniti di ibu kota.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top