Farah AF Nafi Mencuri, Dakwa Salah Faham Kerana Terlalu Baik Hati

Hiburan

Farah AF Nafi Mencuri, Dakwa Salah Faham Kerana Terlalu Baik Hati

Dalam minggu ini, tersebar di Internet dan juga media cetak mengenai kisah seorang pengacara bertudung di sebuah stesen televisyen swasta telah ditangkap kerana mencuri di tempat kerja. Khabarnya, rakan sekerja pengacara itu sendiri yang memerangkapnya, disebabkan selalu berlaku kes kehilangan pakaian yang kemudiannya terpaksa dibayar harganya oleh staf yang tidak bersalah.

Staf tersebut kemudiannya cuba memerangkap pengacara tadi dengan sejumlah wang yang sengaja diletakkan dalam bilik pakaian. Pengacara tersebut telah ditangkap dengan wang tersebut. Pengacara tadi juga dikatakan telah digantung dari mengacara dalam rancangan bual bicara pagi yang melibatkan dirinya.
Semalam akhbar Kosmo! telah menemu bicara pengacara yang dimaksudkan iaitu Farah Diana yang mula dikenali melalui program Akademi Fantasia. Farah bagaimanapun menafikan yang dia pengacara tangan panjang yang dimaksudkan, dan semuanya berlaku kerana salah faham akibat dirinya yang terlalu baik hati.

Advertisement

Sebenarnya, kejadian tersebut berlaku pada hari ketiga Ramadan. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju. Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju. Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya.

Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya. Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa.

Sejujurnya, saya langsung tidak diberi langsung peluang untuk memperbetulkan keadaan tetapi saya dicerca dengan pelbagai tohmahan sehingga saya digelar pencuri, penjenayah dan pendatang. Tiada seorang pun yang bersama dengan (menyokong) saya. Saya cuba untuk hubungi ayah dan suami saya, namun telefon saya habis bateri ketika itu. Jika saya berkata yang benar pun, tidak akan ada yang percaya. Saya hampir pengsan apabila semua orang menyalahkan saya.

Farah juga turut menjawab beberapa persoalan tentang dirinya yang juga pernah dikatakan tidak memulangkan busana yang dipakai semasa mengacara:-

Sepanjang karier saya, tidak pernah terjadi perkara sebegitu. Semua baju yang saya pakai, saya pulangkan semula. Jadi mana isu yang mengatakan saya tidak pulangkan semula baju tersebut. Selama saya bekerja sebagai duta Power Root dan pengacara, tidak pernah sesekali timbul isu ini, dan jika benar saya lakukannya, sudah lama saya diberhentikan atas tindakan tersebut.

Sebenarnya, isu duit tersebut sudah selesai. Tuan empunya duit tersebut sangat bersahaja. Hanya orang di sekeliling yang melebih-lebih. Kita tidak boleh lari daripada ketidakpuasan hati orang lain. Saya amat terkilan apabila saya dituduh atas perkara yang saya tidak lakukan itu. Ini merupakan sesuatu yang dirancang untuk menjatuhkan saya!

Sememangnya ini merupakan satu dugaan pada bulan puasa, dan saya reda dengan segala yang terjadi. Saya serik untuk lakukan kebaikan, apabila apa yang kita buat telah disalahertikan. Sepatutnya, pada bulan baik ini, buatlah benda yang baik dan jangan hanya menuduh benda yang tidak berasas kerana saya mahu berada lama dalam dunia seni ini.

Bagi kami, mungkin lebih baik jika pada masa itu Farah bertemu dengan orang atasan stesen televisyen tersebut atau penerbit rancangan untuk memulangkan wang tersebut bagi mencari siapakah tuannya. Mungkin disebabkan beliau tidak berbuat demikian, salah faham itu telah menjadi menjadi semakin serius.

Untuk makluman anda, Farah akan muncul sebagai penyanyi untuk runut bunyi bagi sebuah drama berjudul Cinderella yang menampilkan Fizo Omar dan Nelydia Senrose tidak lama lagi,

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...