Fara Salleh, isteri kepada pelawak Shuk Sahar, telah memuat naik satu notis daripada Mahkamah Syariah yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fara memaparkan notis bertarikh 17 Julai 2025 yang turut menamakan dirinya sebagai pemohon dalam kes berkenaan.
Dalam hantaran yang sama, Fara meluahkan harapan agar segala isu antara dirinya dan Shuk dapat diselesaikan agar dia dapat memulakan hidup baharu bersama anaknya.
Saya cuma mahu selesaikan perkara ini, itu sahaja. Kami (saya dan anak) hanya mahu bebas dan mulakan hidup kami dengan tenang.
Terdahulu, Fara memaklumkan bahawa dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu.
Sebagai makluman, Shuk dan Fara telah berkahwin pada November 2023. Sebelum itu, Shuk pernah mendirikan rumah tangga bersama Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi.
Notis daripada Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor yang dikongsi Fara turut menyatakan bahawa Shuk, sebagai responden, diminta hadir ke mahkamah untuk urusan berkaitan kes tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.