Isteri kepada pelawak dan pelakon Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memaklumkan dia kini berada di dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh berpantang.
Meskipun berdepan dengan fasa sukar dalam rumah tangga. Fara berkata dia tidak mengalami gangguan emosi atau simptom kemurungan selepas bersalin (meroyan).
Menurut sumber, dia masih menjaga kesihatan mental kerana tidak mahu menggangu proses penyusuan bayi.
Tak ada apa yang serius atau berdepan kemurungan hingga meroyan. Sekarang anak masih menyusu badan jadi memang jaga mental supaya tak stres.
Dalam pada itu, Fara turut memberitahu dia menghargai setiap perhatian yang diterima termasuklah ada yang menasihatinya untuk lebih bertenang ketika masih dalam pantang.
Walau bagaimanapun, isteri kepada pelawak itu mengakui dia berasa tertekan apabila melihat sijil kelahiran anak pertamanya iaitu Elaine Nada yang tiada butiran bapa.
Saya cuma marah bila surat beranak anak kosong tanpa maklumat bapa. Itu yang saya marah.
Saya biarkan dua minggu selepas bersalin nak tengok dia ambil kisah atau tidak pasal anak, sekali memang betullah tak kisah.
Berkongsi lanjut, Fara turut memaklumkan bahawa dia dan anaknya berada dalam keadaan yang sihat.
Kalau ikutkan saya memang kurang tengok media sosial sepanjang tempoh berpantang. Saya masih buat kerja rumah, anak pun bangun setiap dua jam setengah untuk menyusu.
Alhamdulillah anak saya sihat, waktu minum susu pun teratur.