Fara Salleh Luah Perasaan Menyesal Kahwin Dengan Shuk Sahar – “Harap Dia Sedar Dan Ceraikan Saya”

Hiburan

Fara Salleh Luah Perasaan Menyesal Kahwin Dengan Shuk Sahar – “Harap Dia Sedar Dan Ceraikan Saya”

Isteri kepada Shuk Sahar, Fara Salleh meluahkan rasa kesal bernikah dengan pelawak itu menerusi satu untaian di aplikasi Thread, baru-baru ini.

“Menyesal kahwin is so real” tulis Fara di hantaran itu sekaligus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warga maya.

Advertisement

Dalam ruangan komen hantaran Fara itu, ada netizen mendakwa Fara telah menjadi punca perceraian rumah tangga Shuk dan bekas isterinya, Rossa Sera namun dinafikan wanita itu.

Luahan Fara Saleh menyesal kahwin shuk

Saya tak pernah rebut dia awak, dan dia bukan ada saya sorang ya kalau nak tahu zaman tu boleh tanya sendiri tuan badan yang claim tu. Allah saksi saya. Dan dalam kalangan kawan dia pun tahu benda ni.

Jelas Fara, dia masih menyimpan semua perbualan Shuk bersama wanita lain.

Dedah wanita itu, Shuk merupakan seorang yang lebih mempercayai rakan sendiri dan sentiasa menolak untuk bertemu dengan pakar kaunseling.

Dia lebih percaya kawan dia, protect kawan dia, dah banyak kali ajak kaunseling. Dai tak nak, dia baran, sangat-sangat tapi kalau orang lain dia tak macam ni.

“I hope he realize my statement and divorce me” tulis Fara.

Perkongsian Fara itu kemudian dipadam wanita itu tidak lama kemudian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jeslina Hashim selamat bergelar isteri kepada Tunku Eddy
4 months ago

Sedondon Sopan Berbusana Putih, Che Puan Jeslina Hashim Bergelar Isteri Kepada Tunku Eddy Nasruan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...