Baru-baru ini, pempegaruh media sosial serta pelakon, Fara Mendoza berkongsikan video dirinya serta beberapa rakan wanita sedang berseronok di sebuah kelab malam.
Dapat dilihat dalam video laporan XTRA, Fara sedang sakan bergelek bersama rakan-rakannya.
Bagaimanapun, video tersebut meraih perhatian susulan nama usahawan Watie Hanifiah turut terkait dan menjadi bualan warganet.
View this post on Instagram
Melalui ruangan komen, rata-rata berkatakan Watie dulu adalah rakan baik buat pelakon tersebut dan netizen juga mengimbau kembali kehidupan sosial usahawan tersebut.
Dalam pada itu, ramai meluahkan rasa syukur kerana tunang Shuib Sepahtu itu kini sudah berubah ke arah yang lebih baik.
Bukan saja meluahkan rasa syukur, malah netizen turut berharap agar Fara dan rakan-rakannya juga mengikut jejak langkah Watie berubah ke jalan yang benar.
Sekadar info, Fara mengakui bahawa dirinya membuat rawatan dan pembedahan di bahagian muka.