Fara Mendoza yang juga pelakon dan model dilaporkan telah memenangi tuntutan saman malu atau fitnah ke atas pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie.
Perkara tersebut dilaporkan oleh Harian Metro di mana Fara Mendoza telah memfailkan saman malu terbabit pada Januari lalu di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan.
Ketika diminta untuk mengulas mengenai perkara itu, Fara berasa bersyukur kerana kemenangan telah berpihak kepada dirinya yang telah difitnah hebat.
Menurutnya, selama hampir lima bulan dia berjuang untuk kes ini dan selama itu jugalah dia terganggu dengan penyebaran gambar bogel dan tuduhan berat mengugurkan anak.
Manakala peguam Fara Mendoza, Muhammad Akram Datuk Dr Abdul Aziz berkata, antara tuntutan yang telah dibuat adalah perintah larangan daripada mahkamah kepada Zarina supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Fara Mendoza.
Selain itu, permohonan maaf secara terbuka juga turut telah dituntut oleh Fara dan juga beberapa bayaran ganti rugi dengan setiap kos terbabit dibayar oleh pihak Zarina.
View this post on Instagram
Bye rambut ??? @ridzokumura tq so much @cotton_candy3093 penyelamat hidup ku
Pun begitu, jumlah ganti rugi yang dituntut Fara masih belum diketahui.
Fara Mendoza dilaporkan telah diberi kebenaran oleh pihak mahkamah untuk meluluskan setiap tuntutan selepas kes sebutan yang berlangsung pada 21 Mei lalu tidak dihadiri Zarina dan wakil peguamnya.
Dia dan peguam juga turut menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya berhati-hati sebelum membuat kenyataan bertulis di media sosial. Ini kerana, walaupun telah dipadam selepas dimuat naik, kemungkinan apa yang dipaparkan telah disebar dan dikongsikan kepada masyarakat secara umum.